Kenangan Bekerja Dengan Tabung Haji



Saya pernah bekerja di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor pada tahun 2011. Masa itu saya bertugas sebagai Pelatih SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) untuk graduan yang menganggur. Maklumlah kita ni habis belajar pada tahun 2010. 

Alhamdulillah. Ketika itu, sedang buat kerja lain, tiba-tiba telefon saya berbunyi. Bila angkat, saya di beritahu bahawa saya telah terpilih bekerja di Tabung Haji secara kontrak selama 1 tahun. 

Saya kena lapor diri di sebuah hotel di Port Dickson dan menjalani kursus selama dua minggu di sana. 

Selepas berjaya berkursus di sana, saya di tempatkan di Tabung Haji, Kelana Jaya bersama  9 orang petugas yang lain. Selebihnya petugas di tempatkan di HQ. 

Semasa bertugas di sana. saya menyewa rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6, Puchong. Pergi dan balik kerja dengan tumpang naik motor kawan. 

DK

2 Comments

  1. Salam, slps latihan SL1M setahun, awk diserap bekerja x di TH? Pm saya pon boleh.

    ReplyDelete
  2. @Mu Af -> wa alaikumussalam. tak diserap kerana saya berhenti awal. sempat keje dalam 8 bulan mcm tu. nak offer saya keje ke. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post