Sejarah Ambo Berblogging



Kalau nak ikutkan sejarah berblogging ini, ambo mula kenal blog masa ambo belajar di sebuah IPT di Utara tanah air pada tahun 2006 dulu. 

Masa tu, ada kawan yang bernama Anas Fahmi, dia memang kaki blog. Ambo selalu ke bilik asrama dia. Dia asyik dengan laptopnya. Ambo bila tengok blog dia, perasaan nak ada blog sendiri mula merasuk ke dalam hati. Tambahan pula masa tu, kat bilik asrama, line internet sentiasa ada 24 jam. 

Lepas tu, ambo cuba-cuba belajar buat blog dengan baca tutorial di laman sesawang orang lain. Bila dah faham sikit, ambo cuba buat. 

Alhamdulillah. Menjadi!

Ada beberapa blog yang telah ambo ciptakan. Siapa bijak, cuba cari blog-blog lama ambo dan mohon komen di bawah. Hahaha. Dah 4 tahun tidak berblog. Hingga sekarang, ambo dah mula rasa nak berblogging balik.   

Idea nak buat blog ini terhasil selepas terjumpa blog Hasrul Hassan. Nampak cantik dan kemas blog itu. (Harap kita dapat bertemu dan berkongsi ilmu berblogging). Tambahan pula ambo kerja boleh di katakan 9 jam mengadap komputer. Sambil-sambil mengadap, ambo rasa nak mula balik blog. Isi masa lapang. Sambil-sambil orang kata menjana pendapatan sampingan dengan blog. 

Ambo cuba download template yang Hasrul Hassan guna. 

Maka, terhasillah blog ini. Yang mana dah lama kenal ambo tu, salam perkenalanlah ambo ucapkan. Jangan lupa komen entri ambo kat petak komen di bawah tu ya!. Hahaha. 

Kepada sesiapa yang terjumpa blog ambo ni, dan dia rasa nak buat blog, boleh lah buat cerita sikit kat blog anda tu macam cerita ambo ni. Jangan lupa letakkan link blog ambo dekat entri blog anda tu. Hahaha. 

2 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Sejarah Ambo Berblogging"

Hai.. salam perkenalan dr marqis careno atau pggil lan careno pun boleh.... ooo dah lama la berblogging ni ehhh...

hai hai hai lan careno. terima kasih la kerana sudi kenal2 dengan kita nih. dah lama. tp rasa nak kembali ke pangkal jalan semula. gituuuu. hahahahhaaa

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut