Fiona Tahir : Charisma Agency






Fiona Tahir

Pengasas Charisma Wealth Advisors
CIMB Wealth Advisors

Saya Fiona Tahir, berasal dari Johor. Saya seorang Perunding Kewangan dan kepakaran saya ialah memberikan nasihat tentang kewangan yang berlandaskan prinsip patuh Syariah, membantu lebih ramai orang untuk melabur dengan bijak dan merancang persaraan.

Saya telah berkhidmat selama 15 tahun dengan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA) di bidang perancangan kewangan semenjak Januari 1999. Saya telah dinaikkan pangkat yang tertinggi iaitu sebagai Pengurus Agensi Kumpulan selepas dua tahun berkhidmat. Ini adalah satu masa yang sangat singkat untuk mencapai tahap ini dan saya merupakan antara perunding kewangan yang terpantas mencapai kenaikan pangkat tertinggi ini.

Pada tahun 2001, saya telah mempunyai agensi sendiri yang bernama Charisma Agency di mana saya mengadakan ceramah, seminar dan berbagai-bagai lagi program berkenaan dengan ‘Perancangan Kewangan’.

Dalam 15 tahun saya bekerja, saya telah menerima anugerah kecemerlangan dari segi prestasi jualan dan sebagai pengurus dalam mendidik perunding kewangan di bawah naungan saya.

Untuk meningkat pencapaian sendiri, saya banyak menyertai seminar, sehingga downline saya mengajak saya hadir ke seminar Dr Azizan. Saya memang terpukau, sebab tarafnya sama seperti trainer luar negara dan di sana lebih mahal.

Selepas menghadiri program Dr Azizan, dalam masa 3 bulan, akhirnya sales saya melebihi RM120 juta. Sebelum itu, ada orang tanya, kenapa saya menghadiri seminar Dr Azizan, sedangkan saya dah power dalam kerjaya saya?

Saya belum dapat ranking nombor 1. Saya selalu ingin upgrade, belajar dan saya dahagakan ilmu. Saya tidak rasa diri saya dah cukup pandai. Saya pun mengikuti semua program Dr Azizan sehingga saya mendapat anugerah Master Sales Builder Award. Selama 4 bulan saya buat Takaful dan saya mendapat RM1 juta.

Akhirnya, agensi saya mencapai million dollar agensi for Takaful dan kini semakin kukuh menjadi Top Agensi dalam seluruh Malaysia. Hari ini, saya mempunyai seramai 1,000 perunding kewangan di dalam agensi dan memegang portfolio pelaburan pelanggan sebanyak setengah Billion Ringgit Malaysia.

Saya kerap menjadi penceramah jemputan dan giat memberi taklimat kepada syarikat korporat dan perbadanan dalam “Merancang Kewangan”. Saya juga pernah dijemput di dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3 dan kerap muncul di dalam majalah dan akhbar berkaitan dengan kejayaan.


Iklan :

Jom daftar kursus yang di anjurkan oleh Dr Azizan. Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari http://irichworks.com/program.html atau hubungi 019-2442244; 013-2442244; 019-2442400 untuk pertanyaan lanjut.

Daftar segera! Tempat adalah terhad dan keutamaan diberi untuk pendaftaran awal sahaja!

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Fiona Tahir : Charisma Agency"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut