Raya Idulfitri 2015 Penuh Kesayuan

Tahun 2015 ini banyak dugaan yang kami terima. Alhamdulillah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya semua ini. Kami redha dan pasrah atas ketentuan Ilahi.

2015, masih beraya dua orang seperti tahun tahun sebelum ini. 

Dugaan cukup besar dan berat. Saya dan isteri terpaksa menerima ketiadaan zuriat kami yang telah dikandungkan selama 6 bulan lebih. Zuriat pertama kami di sahkan sudah meninggal dunia sebelum dua hari di periksa oleh doktor. Kebetulan masa itu isteri saya ada janji temu dengan doktor. 

Pada saat itu, saya sedang bertugas di office. Selepas mendapat berita kematian anak kami, saya terus minta cuti dan membeli tiket kapal terbang untuk terbang terus ke sana. Pada malam itu juga saya berlepas dari Airport Kota Bharu dan bermalam seketika di KLIA II. Esok pagi baru bertolak terus ke Airport Sibu dan meneruskan lagi perjalanan ke Hospital Sibu.

Pada pagi yang sama, isteri saya di bawa oleh ambulan dari Hospital Mukah terus menuju ke Hospital Sibu. Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang satu jam lebih. 

Masa yang sangat tepat. Saya sampai di Hospital Sibu bersamaan juga waktu isteri saya sampai di hospital tersebut. 

Masa di sana, saya menemani dia sehingga lima hari. Awal Ramadhan saya dalam wad Hospital Sibu. Selama lima hari dalam wad itu, zuriat kami tak mahu keluar  walaupun diberi ubat untuk kelahiran paksa. 



Saya minta kebenaran untuk pulang ke kampung. Kerana di kampung ada bidan yang selalu di rujuk oleh sanak saudara saya. 

Lalu, isteri saya terus di masukkan ke Hospital Besar Kota Bharu. Disana juga mengambil masa yang lama untuk melahirkan zuriat kami yang lama telah mati dalam kandungan, Tak nak keluar. Sakit ibunya. 

7 Julai 2015, barulah isteri saya dapat melahirkan zuriat secara normal. Cantik sangat. Kulitnya masih kemerah-merahan. Cukup sifat. Alhamdulillah. 

Kami namakan dia Nik Zainab binti Mohd Mubassyir. 

Sebenarnya pada hari raya pertama kali ini, isteri saya dalam pantang. Kesian dia!

Nik Zainab! Tunggu  Abi dan Ibu di Syurga ya. Bawalah kami masuk Syurga tanpa hisab, Insya Allah. Abi dan Ibu sayang Zainab. Rindu Zainab. 

Alfatihah untuk Permata Hati Abi dan Ibu. 





0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Raya Idulfitri 2015 Penuh Kesayuan"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut