Isteri Mengandung, Suami Bertanggungjawab



Suami kena bertanggungjawab dan beri perhatian kepada isteri kerana ketika itu perasaan isteri sangat sensitif. Dia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang dicintainya. Ada beberapa perkara ini yang mesti dibuat oleh suami sepanjang si isteri mengandung.

1. Tunjukkan kasih sayang dengan ikhlas

Layanlah segala kehendak isteri selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan mengikut kemampuan suami. Maklumlah isteri tersayang anda sedang mengandungkan zuriat anda juga.

2. Jujur dan setia terhadap isteri

Jangan pula disebabkan isteri sedang 'mabuk' mengandung, anda mengambil kesempatan berlaku curang kepadanya. Awas para suami jika berkelakuan sedemikian.

3. Kawal marah

Suami hendaklah menjauhkan diri daripada cepat marah dan naik angin dengan isteri. Bersabarlah menghadapi kerenah orang mengandung.

4. Mudah memaafkan isteri

Kalau isteri ada berbuat silap, segera maafkan dia. Dia kini sedang mengandungkan anak anda, jadi fahamilah emosi wanita hamil yang mudah berubah. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.

Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri

5. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT

Sebagai salah satu cara menzahirkan kesyukuran dan memohon keampunan daripada Allah agar Dia memudahkan isteri anda melalui fasa kehamilan tanpa sebarang masalah.

6. Rajin membaca al-Quran

Amalan membaca al-Quran sememangnya bagus untuk memohon kepada Allah agar anak dalam kandungan memahami keinginan baik yang terkandung dalam al-Quran.

7. Hendaklah banyak berpuasa sunat

Suami digalakkan banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis.

8. Elak pergi ke tempat maksiat

Sebaiknya elakkan diri anda daripada menjejaki tempat-tempat maksiat dan hiburan melalaikan. Sebagai ketua keluarga, sudah tentu suami perlu menunjukkan contoh terbaik kepada isteri dan anak yang dikandung.

9. Hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah

Kunci kejayaan dan kehebatan seorang lelaki adalah apabila dia istiqamah mengerjakan solat berjemaah di masjid setiap waktu solat.

10. Dilarang makan benda yang haram

Jangan sekali-kali makan benda yang haram atau dari sumber yang haram apatah lagi memberi rezeki yang tidak halal kepada isteri dan anak dalam kandungan.

11. Banyakkan berdoa dan bersolat sunat

Suami mesti banyak mengerjakan solat sunat dan membaca doa keselamatan untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan anak dalam kandungan.

12. Jaga aurat

Suami dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang bakal lahir kelak.

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Isteri Mengandung, Suami Bertanggungjawab"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut