Ziarah Ayah Mad Lundang Paku

Ayah Mad Lundang Paku Hafizohullah Ta'ala.

Beliau merupakan di antara Ulama' dan Auliya yang tertua di Kelantan. Beliau berusia 130 tahun lebih (2016). Sewaktu usia mudanya, beliau banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang ke Mekah sebanyak 12 kali . Beliau pernah menuntut ilmu di Bukit Jiyad, Mekah al Mukarramah dan di katakan Tok Kenali adalah guru dan sahabatnya dalam rehlah ilmu ini. Pondok beliau di Lundang Paku berdekatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.

Ayah Mad suka berjalan kaki ke mana-mana hingga di katakan 'orang kurang waras' kerana sentiasa mengutip tin kosong dan tempurung di tepi jalan. Beliau membuka tin kosong dan mengadapkan muka tempurung tersebut ke langit sebab tak tahan mendengar rintihan mereka. Mereka mengadu pada beliau untuk merasai rezeki Allah iaitu untuk mengadap cahaya matahari.

Kata Almarhum Murobbina Tuan Guru Haji Abdul Qader @ Musa Al Madani, "Ziarahlah Ayah Mad selagi beliau masih hidup kerana beliau adalah Ahlillah".

Telah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk ziarah Ayah Mad ini, Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan menziarahi Ayah Mad ini pada hari Jumaat yang penuh barokah, 4 Mac 2016, sekitar pada pukul 10.30 pagi bersama sahabat dari MQTK iaitu Dee (Tamlikha Raqim) dan Yob (Nik Amriza) dan seorang lagi sahabat dari MQTK.

Klik SINI untuk melihat lokasi ke rumah Ayah Mad Lundang Paku. Ambil jalan kanan, dan terus ke depan lebih kurang dalam 500 meter lagi nak sampai ke rumah Ayah Mad. 






Sedutan Video Dari Sahabat-Sahabat Yang Telah Ziarah Ayah Mad Lundang Paku.







Baca juga kisah Tok Ayah Said Lundang Paku

Sebenarnya Ayah Mad tersebut merupakan murid kepada Wali Allah Tok Ayah Said Lundang Paku dan merupakan panjaga maqam gurunya itu. Tok Ayah Said lahir pada tahun 1849M. Sekitar umur 60an, beliau mula berkhalwat di Bukit Enggang, Sik Kedah. 

Selepas 3 hari 3 malam beliau berpindah pula ke Gunung Yan (sekarang Guar Kepayang, Kedah). Ketika berkhalwat di Gunung Yan, beliau telah mendapat alamat supaya balik ke Gunung Bintang di Besut, Terengganu. Selama beberapa bulan di sana, beliau mendapat alamat dan arahan supaya berjumpa dan berguru dengan Tok Wali Haji Ismail Lundang Paku. 

Tok Ayah Said duduk di bawah asuhan Tok Wali Haji Ismail lebih kurang 14 tahun. Pada tahun 1939M, Tok Ayah Said mula bersohbah dengan Tok Wali Che Mud selepas Tok Wali Hj. Ismail meninggal dunia. Tok Wali Che Mud pula meninggal dunia pada tahun 1951M. 

Tok Ayah Said yang merupakan wazir amanah Wali Qutub Haji Ismail ini telah kembali ke rahmatullah pada 10 Rabi'ul Awwal 1405 bersamaan 3 Disember 1984.

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Ziarah Ayah Mad Lundang Paku "

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut