Hadis Berkenaan Dengan Pendidikan Anak





"Didiklah anak-anak kalian dalam tiga perkara: mencintai Nabimu, mencintai keluarganya dan tilawah al-Quran, sebab orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah bersama para NabiNya dan orang-orang yang suci, pada hari tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya.”"(H.R. Ath-Thabrani dari Ali ra.)

"Rasulullah saw solat bersama sahabatnya, lalu beliau sujud. Ketika itu datanglah Hasan yang tertarik melihat Rasulullah saw sedang sujud, lalu naiklah Hasan ke punggung Rasulullah SAW yang mulia saat beliau sedang sujud. Rasul memanjangkan sujudnya agar tidak menyakiti Hasan. Usai solat, ia meminta maaf kepada jamaah solat dan mengatakan, "anakku tadi naik ke punggungku lalu aku khawatir bila aku bangun dan menyakitinya. Maka aku menunggu sampai ia turun." (HR. An Nasai)

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Bukanlah dari golongan kami orang yang diperluas rezekinya oleh Allah lalu kikir dalam menafkahi keluarganya. (HR. Ad-Dailami)

"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo’akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

"Bahawa Nabi Sallahu’alaihi wasallam mencium Hasan bin Ali, dan disamping beliau ada Aqro’ bin Habis at-Tamimy, maka berkatalah Aqro’: Sesungguhnya aku punya 10 orang anak tetapi tidak seorangpun yang pernah ku cium. Lalu Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam melihat kepadanya seraya berkata : Barangsiapa yang tidak mau menyayangi maka ia tidak akan disayangi” (HR Bukhari)

"Perintahkanlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka jika berumur 10 tahun. Dan pisahkanlah mereka di tempat tidur" ( HR Abu Daud, Tirmidzi, Ad-Darimi, Ahmad, Ibnu Abu Syaibah, Ibnu Khuzaimah, Thahawy)

Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, "Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu)." (HR. Aththusi).

"Barangsiapa berkata kepada anaknya, "kemarilah! (nanti ku beri)" kemudian tidak diberi maka ia adalah pembohong."( HR. Ahmad dari Abu Hurairah )

Cintailah anak-anak dan kasih sayangi lah mereka. Bila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang memberi mereka rezeki. (HR. Ath-Thahawi).

Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ 

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. 

FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ 

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.  
Memadai diperhatikan dua ayat ini, menjadi bukti atau petanda jelas bahawa anak dirangkaikan dengan harta, dan dikaitkan kedua-duanya dengan fitnah, dan mengikut Tafsir Jalalain, fitnah di sini dimaksudkan dengan “menyibukkan/menyekat kamu semua dari perkara-perkara akhirat”. 

Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:

تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم

“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)” 

(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789, 

Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784) 

Seolah-olah ayat Al-Quran dan hadis ini mempunyai perselisihan, tetapi Maha Suci Allah dari segala kekurangan, dan RasulNYA tidak berkata-kata kecuali semuanya wahyu dariNYA. 

Penjelasan ayat Al-Quran dan hadis ini, tidak memadai jika kita mengambil kedua-duanya dengan niat melaga-lagakan atau mencari kekurangan, kerana di sana banyak lagi ayat dan petunjuk yang jelas berkenaan kelebihan dan keistimewaan zuriat atau anak. 

Ini dibuktikan bagaimana sejarah para Anbiya’ (‘Alaihimus Salam) yang dirakamkan di dalam ayat-ayat Al-Quran, berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan. 

Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ 

Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) . 

Firman Allah (Surah Ali Imran, 38):

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء 

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." 

Nabi Ibrahim A.S memanjatkan kesyukuran yang tinggi kepada Ilahi, kerana memperkenankan doanya dan dikurniakan dua orang anak yang soleh, dilantik menjadi nabi melalui perkahwinan dengan dua isteri iaitu, Sarah dan Hajar.

Firman Allah (Surah Ibrahim, 39):

الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء 

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. 

Nabi SAW turut menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ 
جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ 

“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”. 

(HSR Muslim No. Hadis 4310) 

Turut diceritakan dalam hadis, bahawa Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim, sambil bersabda:

إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا 

وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ 

“Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih”

(HSR Bukhari No. Hadis 1220) 

Jika anak adalah fitnah, kenapa para Anbiya’ termasuk Nabi SAW amat menitikberatkan kewujudan zuriat? 

Ini jelas membuktikan anak sebenarnya adalah fitrah manusia, yang mana semua menginginkannya, justeru untuk memastikan anak membesar sebagai Fitrah dan bukan membesar sebagai Fitnah adalah tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa. 

Pelbagai petunjuk jelas diberikan Islam dalam membentuk anak menjadi soleh dan bermanfaat kepada ibu bapa kelak. Bermula dari dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan berfitrah Islam, sebagaimana disebut dalam satu hadis:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ 
كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ 

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” 

(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828) 

Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah, iaitu Surah Luqman. Antaranya: 

Firman Allah (Surah Luqman, 13):

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." 

FirmanNYA lagi (Surah Luqman, 17-18):

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ 

إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ 

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ 

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 

Nabi SAW turut mengajarkan kita cara terbaik dalam mendidik anak, yang mana istilah ini digunakan oleh orentalis dan sebenar berasal dari ajaran Nabi SAW, yang berbunyi “What You Give, You Get Back”, sebagaimana diceritakan dalam satu hadis:

Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!. 

Nabi SAW bersabda:

 مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ  

“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”. 

(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91) 

Ciuman ibu bapa kepada anak mereka, menunjukkan kasih sayang dan anak akan dapat merasainya. Jadikanlah sunnah ini sebagai salah satu teknik dalam mendidik anak-anak kelak. 

Dalam kegembiraan kita, menyambut kelahiran anak, diharapkan pesanan ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang pentingnya penjagaan zahir dan batin bermula dari buaian sehingga anak ini membesar dalam satu aliran yang baik, kerana anak inilah yang bakal menjadi generasi pewaris dalam memastikan Islam tertegak di bumi ini pada masa hadapan. 

Sebagai akhirnya, dinyatakan satu doa sebagaimana Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة 

‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 

wa min kulli aynin laammah 

Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata). 

(Hadis Asal berbunyi أعيذكما ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin) 

(HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012) 

Sedikit nasihat kepada mereka yang masih ternanti-nanti dalam menunggu rezeki zuriat daripada Allah SWT, fahamilah satu zikir yang disunatkan dibaca setiap kali selepas solat yang berbunyi: 

اللهم لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ 

“Ya Allah, tiada yang menegah kepada apa yang telah Engkau berikan, dan tiada apa yang memberi kepada apa yang telah Engkau tegahkan (sekat), tiadalah manfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan dan kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Allah” 

(HSR Bukhari 1/255, Muslim 1/414) 

Jelas menunjukkan semuanya dariNYA, kita hanya berusaha, dan selebihnya Allah tentukan yang terbaik untuk kita. Wirid ini juga bukan sahaja sebagai motivasi untuk mereka yang belum mendapat cahaya mata, bahkan satu sangkalan ataupun peringatan kepada mereka yang sentiasa bergurau dengan nada sindiran kepada mereka yang belum mendapat cahaya mata. Ketahuilah, walau seramai mana sekalipun zuriat, harta dan kekuasaan yang ada pada mereka, hakikatnya semua dariNYA. Hati-hati dalam meluahkan kata-kata, takut-takut diniatkan sekadar gurauan, tetapi dianggap sebagai sindiran dan melukakan hati saudara kita seISLAM. 

Tambahan lagi, sebagai motivasi dan pemujuk hati, ingatlah ujian lambat menimang cahaya mata adalah ujian para Anbiya’ malah banyak diceritakan di dalam Al-Quran dengan jelas bahawa para Nabi, ramai yang diuji dengan kelewatan mendapat zuriat, antaranya Nabi Ibrahim A.S yang mana tidak mendapat anak pada perkahwinan pertamanya, sehinggalah diberi keizinan oleh isterinya yang pertama untuk berkahwin seorang lagi, dan dikurniakan Nabi Ismail A.S dari isteri kedua, tidak lama selepas itu, isteri pertamanya juga dikhabarkan kegembiraan dengan kelahiran Nabi Ishak A.S. 

Firman Allah (Surah Al-Hijr, 51-56):

وَنَبِّئْهُمْ عَن ضَيْفِ إِبْراَهِيمَ 

Dan kabarkanlah kepada mereka tentang tamu-tamu Ibrahim

إِذْ دَخَلُواْ عَلَيْهِ فَقَالُواْ سَلاماً قَالَ إِنَّا مِنكُمْ وَجِلُونَ 

Ketika mereka masuk ke tempatnya, lalu mereka mengucapkan: "Salam Sejahtera" Berkata Ibrahim: "Sesungguhnya kami merasa takut kepadamu."

قَالُواْ لاَ تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلامٍ عَلِيمٍ 

Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim (iaitu Nabi Ishak A.S).

قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي عَلَى أَن مَّسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ 

Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"

قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ 

Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."

قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ 

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." 

Wallahu’alam. 

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk " Hadis Berkenaan Dengan Pendidikan Anak"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut