Banjir: 25 Sekolah Ditutup Di Kelantan



Setakat 2 Januari 2017.

Sebanyak 25 sekolah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada hari kedua hari ini berikutan paras air yang semakin meningkat di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail berkata, di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai enam sekolah ditutup, selain satu sekolah di Tumpat, 13 sekolah di Pasir Mas dan lima di Tanah Merah.

“Enam sekolah ditutup di Kuala Krai termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK pasir Kelang, SK Kuala Nal dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura yang melibatkan 588 pelajar dan 105 guru.

“Manakala satu sekolah di Tumpat SK Pulau Beluru selain lima di Tanah Merah yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla, SK Sokor, Sk Kg Panjang dan Sk Tebing Tinggi yang melibatkan 953 pelajar dan 121 guru,” katanya.

Selain itu, 13 sekolah di Pasir Mas pula melibatkan SK Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual To’ Deh, SK Rantau Panjang, SABK Al- Falah Siram, SK Lubuk Stong SK Sri Rantau Panjang 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Boon, SK Kok Pauh, SMK Rantau Panjang, SABK Diniah Bongor, SK Sri Rantai Panjang 1, dan SMK Tiang Candi dengan jumlah pelajar terlibat seramai 5256.

Jaafar berkata, secara keseluruhan kira-kira 7011 pelajar dan 743 guru terlibat di sekolah rendah dan menengah terlibat.

Difahamkan, sebanyak 16 sekolah di Kelantan ditutup pada hari pertama sesi persekolahan 2017.

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post