Indahnya Mencari Ilmu



Kemiskinan, bukan alasan dalam mencapai kecemerlangan ilmu.

Imam Syafi'e (w. 820 M), adalah seorang anak yatim dan miskin, telah menghafal al-Quran ketika berumur 7 tahun, dan menghapal pula kitab Fikih Imam Malik ketika berumur 10 tahun. Beliau juga telah dianggap layak untuk membuat fatwa ketika berumur 12 tahun.

(Anwar Ahmad Qadri, 1981, Islamic Jurisprudence in the Modern World, Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, hlm. 124). 

Sewaktu dewasa Imam Syafi'e biasa menghabiskan 1/3 malam belajar.

(al Ghazali, Ihya Ulumiddin, terjemahan N. A. Faris, 1979, The Book of Knowledge, Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, hlm: 59).

Kecacatan, bukan alasan dalam mencapai kecemerlangan ilmu: Abu Hasan al-Tamimi (w. 918 M) adalah seorang yang buta, tetapi kecintaannya pada ilmu menjadikan beliau belajar melalui pendengaran saja sehingga menjadi ulama fiqh mazhab Syafi'e yang terkenal.

(George Makdisi, 1981, The Rise of Colleges, Edinburgh: Edinburgh University Press, hlm: 99).

Situasi Sosial Politik yang Tidak Stabil, bukan alasan dalam mencapai kecemerlangan ilmu: Ibn Taymiyyah (w. 1328 M) yang dilahirkan ketika keadaan politik umat Islam kacau balau di bawah keganasan Mongol dan Perang Salib, hidup dalam iklim keilmuan keluarganya. Beliau mempelajari al-Quran, Hadith, Fiqh, matematika, sejarah, sastra, imu kalam serta filsafat dan tamat pada belajar ketika berumur 21 tahun.

(Qamaruddin Khan, 1985, Political Thought of Ibn Taymiyyah, Islamabad: Islamic Research Institute, hlm: 2-4).

Kesenangan Hidup juga tidak menjadikan diri menjadi Malas untuk mencapai kecemerlangan ilmu: Ibn Hazm (w. 1064 M) yang dilahirkan di Qordoba dan Ibn Khaldun (w. 1406) yang dilahirkan di Tunis, keduanya berasal dari lingkungan keluarga yang berada, berpendidikan dan berpengaruh. Mereka dibesarkan dalam suasana kelimuan yang biasa dialami oleh anak-anak seperti itu mempelajari semua bidang agama dan filsafat. Bidang kajian Ibn Hazm lebih luas lagi sehingga sampai meliputi perobatan (kedokteran) yang beliau tidak amalkan secara serius mungkin kerana terpaksa berpindah pindah disebabkan suasana politik yang tidak stabil.

(A.G. Chejne, op.cit,, hlm: 36-43 dan Ibn Khaldun, Muqaddimah, terjemahan Franz Rosenthal, hlm: vii-xii).

Kedudukan dan Umur bukan faktor penghalang untuk terus belajar: Imam Abu Hanifah, walaupun sudah mempunyai pengikut dan masyhur, ternyata masih belajar lagi dengan Imam Malik yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

(Shibli Nu'mani, 1982, Imam Abu Hanifah: Life and Work, terjemahan M. Hadi Hussain, Lahore: Institute of Islamic Culture, hlm: 30).

Al-Jahiz (w. 869 M) adalah seorang budak hitam, sekaligus berprofesi sebagai penjual roti dan ikan, ternyata beliau mampu mencapai ketinggian ilmunya bukan hanya sekedar dengan cara menghadiri kuliah (ceramah-ceramah/halaqoh) tetapi dengan cara bergaul dengan ilmuwan di Mirdad, yaitu sebuah kawasan terbuka di pinggir Basra. Mirdad adalah tempat pertemuan para kabilah dan para ilmuwan yang saling bertukar berbagai ragam bahasa Arab Badui. Al Jahiz juga sering mengunjungi masjid dan mempelajari hal-hal yang berguna daripada para pengunjung masjid yang lain (masjidiyun). Kisah kematian beliau mencerminkan kehidupan yang benar-benar cinta akan ilmu. Beliau yang lumpuh tubuh badannya meninggal dunia tertindih oleh buku-buku yang selalu tersimpan di sekelilingnya.

(Charles Pellat, 1969, The Life and Works of Jahiz, Berkeley/Los Angeles: University of California Press, hlm: 3-9).

Abu Rayhan Al Biruni (w. 1048 M) menguasai berbagai disiplin ilmu, ahli sains, ahli perundangan, ahli perbandingan agama dan menguasai berbagai bahasa seperti Arab, Parsi, Turki, Yahudi dan Sambani, dan ketika mengikuti Mahmud Ghaznawi ke India selama 14 tahun, beliau mempelajari bahasa Sanskrit untuk menulis tentang agama dan budaya orang India.

(G. Allana, 1979, Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad al Biruni: A Restless Genius in Search of Knowledge, dalam Al-Biruni Commemorative Volume: Proceedings of the International Congress, Hakim Mohammad Said, (ed.), Karachi: Hamdard National Foundation, hlm: 149-157). 

Ternyata ketika beliau sakit parahpun masih mendesak seorang sahabat yang menziarahinya, agar memberikan jawaban terhadap satu persoalan fiqh yang beliau rasa belum mendapat jawaban yang tepat. Sahabatnya dengan nada kasihan bertanya kepada al Biruni: Apakah ini waktu yang tepat untuk membahas tentang persoalan fiqh sedangkan engkau dalam keadaan seperti ini? Al Biruni menjawab dengan tegas bahawa beliau tidak mau meninggalkan alam fana ini dalam keadaan jahil (tidak tahu/bodoh) tentang penyelesaian persoalan tersebut.

(Ahmad Shalaby, 1945, History of Muslim Education, Beirut: Dar al-Kashshaf, hlm: 179).

Ibn Rushd (w. 1198 M) hanya bercuti (libur) 2 hari sepanjang hidupnya dari kerjanya yaitu mengajar, menulis dan memberi fatwa sebagai Qodi, yaitu pada hari kematian bapaknya dan dan pada hari perkawinannya.

(Miguel Cruz Hernandez, 1989, Ibn Rushd dan Musa Ibn Maymun-Ahli Falsafah al-Andalus, Kurier UNESCO, no 11, hlm: 9).

Ibn Sina (w. 1037 M) yang hidup di Iran disekitar abad ke-10 dan ke-11 Masehi, telah menerima pendidikan al-Quran dan kesusasteraan ketika masih kecil. Setelah sampai pada usia 10 tahun beliau telah mengkhatamkan al-Quran dan banyak kitab kesusasteraan. Sejak kecil beliau dan saudara kandungnya telah ditunjukan kepada perbincangan filsafat tentang masalah akal dan roh, geometri dan ilmu hisab India. Beliau dihantar oleh ayahnya mempelajari ilmu hisab India dan matematika dari seorang penjual sayur yang menguasai bidang ini. Kemudian beliau juga giat pula mempelajari ilmu Fiqh dan menguasaiya.

Setelah itu beliau mengkaji filsafat, khasnya kitab Isagoge karangan Porphyry, seorang tokoh filsafat Yunani Kuno. Beliau belajar ilmu logika dengan cara otodidak sampai menguasainya. Kemudian beliau juga memabca sendiri teks dan komentar tentang sains kedokteran dan metafisika. Beliau juga membaca kitab perobatan dan mengatakan bahawa ilmu perobatan tidaklah terlalu sulit. Oleh kerananya, dalam waktu yang singkat telah menguasainya dan tidak sedikit para pakar perobatan yang belajar kepadanya. Beliau merawat orang-orang yang sakit dan mendalami lagi ilmu perobatan. Pada usia 16 tahun, beliau melibatkan diri dalam ilmu perundangan dan sering berpolemik tentang hal tersebut. 

Kemudian, selama satu setengah tahun beliau belajar dan mengkaji tentang filsafat dengan mendalam. Apabila merasa letih dan mengantuk ketika belajar, maka beliau akan meminum jus buah-buahan untuk menyegarkan badan dan meneruskan bacaan. Beliau banyak bersembahyang di masjid dan berdoa agar Allah memberikan penjelasan terhadap persoalan yang sukar dipahaminya. Beliau melaksanakan hal tersebut secara istiqamah sehingga semua bidang ilmu seperti logika, sains kedokteran dan matematika dikuasainya.

Kemudian beliau membaca kitab Metafizika karangan Aristotle sebanyak 40 kali tetapi masih belum memahaminya sehingga akhirnya beliau menemukan ulasan (penjelasan) al-Farabi tentang kitab metafizikanya Aristotle. Beliau merasa sangat gembira ketika dapat memahami kitab yang hampir 500 halaman tersebut, lalu beliau mendirikan sholat sunat dan banyak bersedekah. Ketika beliau dipanggil untuk membantu Sultan Nuh al-Mansur di Bukhara, beliau mengambil kesempatan buku-buku di perpustakaan besar kepunyaan sultan itu dan telah selesai menguasai semua bidang ilmu setelah berumur 18 tahun.

(William E. Gohlman, 1974, The Life of Ibn Sina: A Critical Edition and Annotated Translation, New York: SUNY Press).

Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Ketika beliau sedang menyiapkan penjelasan tentang karya Hujjatul Siddiq oleh Syeikh Nurudin al-Raniri pada awal 1980an, al-Attas membuat kajian di Perpustakaan Universiti Chicago. Dalam beberapa pertemuan dengan Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud di sana beliau mengakui amat sukar tidur sebab memikirkan maksud penulis kitab tersebut. Bahkan, kerana kesungguhan beliau dalam memahami maksud kitab tersebut sampai-sampai beliau seakan-akan berbicara dengan al-Raniri sendiri.

Beliau pernah menyatakan kepada Prof Wan, bahawa ketika menulis tentang episode-episode sejarah, beliau seolah-olah dapat melihat dengan mata hatinya rentetan-rentetan semua peristiwa penting dalam episode berkenaan. Hal yang sama juga berlaku ketika beliau merancang dua kampus ISTAC di Jalan Damansara dan Persiaran Duta yang indah dan berperibadi unik itu. Beliau dapat membayangkan setiap sudut dari bangunan itu dan semua yang ingin diletakkan di dalamnya seperti seorang penghias dalaman dan juru lanskap.

(Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Artikel: Falsafah dan Metodologi Pengkajian Sejarah Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada Seminar Khas Sejarah Alam Melayu: Antara Fakta dan Khayalan, anjuran CASIS di Bilik Jemaah UTM International Campus Kuala Lumpur, 9hb Sept 2011).


Kesucian dan Kemuliaan Ilmu

Sayyidina Ali K.W berkata:

1. Ilmu adalah pusaka yang mulia.

2. Serendah-rendah ilmu adalah yang berhenti di lidah, dan yang paling tinggi adalah yang tampak di anggota-anggota badan.

3. Tetaplah mengingat ilmu di tengah orang-orang yang tidak menyukainya, dan mengingat kemuliaan yang terdahulu di tengah orang-orang yang tidak memiliki kemuliaan, kerana hal itu termasuk di antara yang menjadikan keduanya dengki terhadapmu.

4. Jika Allah hendak merendahkan seorang hamba, maka Dia mengharamkan terhadapnya ilmu.

5. Jika mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburnya, maka muncullah empat api. Lalu datanglah shalat (yang biasa dikerjakannya), maka ia memadamkan satu api. Lalu datanglah puasa, maka ia memadamkan api yang satunya lagi (api kedua). Lalu datanglah sedekah, maka ia memadamkan api yang satunya lagi. Lalu datanglah ilmu, maka ia memadamkan api yang keempat seraya berkata, Seandainya aku menjumpai api-api itu, niscaya akan aku padamkan semuanya. Oleh kerana itu, bergembiralah kamu. Aku senantiasa bersamamu, dan engkau tidak akan pernah melihat kesengsaraan.

6. Janganlah engkau membicarakan ilmu dengan orang-orang yang kurang akal kerana mereka hanya akan mendustakanmu, dan tidak pula kepada orang-orang bodoh kerana mereka hanya akan menyusahkanmu. Akan tetapi, bicarakanlah ilmu dengan orang yang menerimanya dengan penerimaan yang baik dan yang memahaminya.

7. Cukuplah ilmu itu sebagai kemuliaan bahawasanya ia diaku-aku oleh orang yang bukan ahlinya dan senang jika dia dinisbatkan kepadanya.


Ilmu dan Kebodohan

Sayyidina Ali K.W berkata:

1. Orang yang bodoh adalah yang menganggap dirinya tahu tentang makrifat ilmu yang sebenarnya tidak diketahuinya, dan dia merasa cukup dengan pendapatnya saja.

2. Orang yang alim mengetahui orang yang bodoh kerana dia dahulunya adalah orang yang bodoh, sedangkan orang yang bodoh tidak mengetahui orang yang alim kerana dia tidak pernah menjadi orang alim.

3. Orang bodoh adalah kecil meskipun dia orang tua, sedangkan orang alim besar meskipun dia masih remaja.

4. Allah tidak memerintahkan kepada orang bodoh untuk belajar sebelum Dia memerintahkan terlebih dahulu kepada orang alim untuk mengajar.

5. Sesuatu menjadi mudah bagi dua macam orang: orang alim yang mengetahui segala akibat dan orang bodoh yang tidak mengetahui apa yang sedang terjadi padanya.

6. Ada dua orang yang membinasakanku: orang bodoh yang ahli ibadah dan orang alim yang mengumbar nafsunya.

7. Imam `Ali a.s. menjawab pertanyaan seorang yang bertanya kepadanya tentang kesulitan, dia berkata, Bertanyalah engkau untuk dapat memahami,
dan janganlah engkau bertanya dengan keras kepala. Sebab, sesungguhnya orang bodoh yang terpelajar serupa dengan orang alim, dan orang alim yang sewenang-wenang serupa dengan orang bodoh yang keras kepala.

8. Engkau tidaklah aman dari kejahatan orang bodoh yang dekat denganmu dalam kekerabatan dan ketetanggaan. Sebab, yang paling dikhawatirkan terbakar nyala api adalah yang paling dekat dengan api itu.

9. Alangkah buruknya orang yang berwajah tampan, namun dia bodoh. la seperti rumah yang bagus bangunannya, tetapi penghuninya orang yang jahat,
atau seperti taman yang penghuninya adalah burung hantu, atau kebun kurma yang penjaganya adalah serigala.

10. Janganlah engkau berselisih dengan orang bodoh, janganlah engkau mengikuti orang pandir, dan janganlah engkau memusuhi penguasa.

11. Yang engkau lihat dari orang yang bodoh hanyalah dua hal: melampaui batas atau boros.

12. Sebodoh-bodoh orang adalah orang yang tersandung batu dua kali.

13. Menetapkan hujah terhadap orang bodoh adalah mudah, tetapi mengukuhkannya yang sulit.

14. Tidak ada kebaikan dalam hal diam tentang suatu hukum, sebagaimana tidak ada kebaikan dalam hal berkata dengan kebodohan.

15. Tidak ada penyakit yang lebih parah daripada kebodohan.

16. Dan tidak ada kefakiran yang sebanding dengan kebodohan.

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Indahnya Mencari Ilmu"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut