Jutawan Segera Dengan RM780 Juta Dalam Bank



Di Hunan, China, seorang lelaki ini tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan. Tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanan. Apakah dia akan menyerahkan semula kepada bank ataupun terus membelanjakan sehingga habis?

Inilah 'durian runtuh' yang diterima oleh lelaki ini dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan.

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.

Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.

Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakannya kerana inilah kali pertama dia menjadi 'jutawan' sepanjang hayatnya.

Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan 'ang pau' sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Jutawan Segera Dengan RM780 Juta Dalam Bank"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut