Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Apa Itu iLancee?

iLancee  adalah Pusat Jual Beli Servis Online dan dikendalikan oleh Serius Media Network.

Mula dilancarkan pada Mei 2014 dengan pelbagai liku-liku cabaran yang mereka terpaksa harungi sehingga mula tampak semakin kukuh hingga sekarang. (Baca Sejarah Penubuhan Mereka)

iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. 

Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang penulis, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang pereka grafik, anda boleh tawarkan perkhidmatan design ataupun segala bentuk kemahiran yang anda ada dan boleh di iklankan di dalam iLancee ini. Ianya sangat berkesan dan berbaloi dengan bajet anda. 

Kepada pembeli, anda usah risau dengan masalah penipuan daripada penjual kerana pihak pengurusan iLancee semestinya akan menjaga kebajikan pembeli. Setiap data atau maklumat penjual telah direkod oleh sistem iLancee. Inilah kelebihan yang di miliki oleh iLancee.

Konsep iLancee gunakan adalah Pay > Hold > Release. Jadi pengguna boleh berbelanja apa sahaja yang di iklankan dalam iLancee dengan selamat.



Kelebihan iLancee

Pengguna tidak perlu bersusah payah iklankan perkhidmatan sendiri kerana melalui iLancee, pembeli akan mencari produk atau perkhidmatan anda dengan mudah dan pantas. 


Ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer (Pembeli) dan fungsi sebagai Seller (Penjual).

Sebagai Buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller.

Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.



Bagaimana Untuk Menjual?

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawarkan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

Bagaimana Nak Membeli?

Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Banking.
Langkah 3: Lihat progress kerja seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller sama ada baik atau tidak.



(Perjanjian Yang Wajib Dibaca Sebelum Daftar)

1. Seller dan buyer TIDAK BOLEH bertukar-tukar maklumat peribadi di ruangan Chat Box. Jika anda melanggar peraturan ini, akaun anda akan di BAN serta merta tanpa amaran awal dan duit yang terkumpul itu akan di bekukan.

2. Dana refund buyer yang tidak puas hati dengan servis dari seller akan dikembalikan ke dalam akaun iLancee buyer secara berjadual oleh sistem. Dana refund tidak akan dikembalikan ke dalam akaun bank. Dana ini buyer boleh gunakan balik untuk membeli servis lain di iLancee.

3. Jika pengguna inginkan juga di refund ke dalam bank, pengguna harus menutup akaun iLancee dan kami refund semua dana anda. Caj 5% sebagai caj transaksi akan dikenakan.

4. Umur akaun yang ingin ditutup hendaklah melebihi sebulan dari tarikh daftar dan juga tarikh proses jual beli (untuk tujuan keselamatan).

5. Segala pembayaran servis dari buyer akan diterima oleh admin terlebih dahulu. Admin akan lepaskan dana setelah seller sudah siapkan kerja. Ini keselamatan paling tinggi di iLancee untuk mengelakkan penipuan.

6. Caj setiap transaksi adalah 20%. Ini bermakna, jika harga servis seller RM50, kami akan bayar kepada seller RM40 dan RM10 adalah hak milik kami. 20% ini termasuk caj pembayaran dan juga kos pengendalian website (hosting dan lain-lain kos).

7. Sebagai seller, anda mesti mendapatkan pakej seller yang telah kami tetapkan. Ini untuk kami menapis seller yang betul-betul minat dan berkualiti untuk menjual servis di iLancee.

8. Wang pembelian pakej seller tiada refund dan muktamad.



Anda Rasa Nak Join Kontes Ini Juga? Baca Sini.

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative StudioSemanis KurmaBina Blog SendiriBest AutoresponderPanduan Bisnes EbookBuat Duit BlogBest HostingAffiliate MalaysiaPoslaju TrackingInfobiz FB AdsBinMuhammad

9 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Kerja Dari Rumah Dengan iLancee"

terbaik tuan..

nanti boleh buat kerja dari rumah la kita..hehe

jom kita kerja! xkisah di rumah ke kat mana2. hahaha

ilancee bukan takat dari rumah .. boleh juga dari kedai kopi, perpustakaan, tepi jalan, KFC ... dorm ... kat hutan pun boleh .. hehehe .. dgn syarat .. MESTI ADA INTERNET dan juga PC.

Info menarik dan berguna utk sesiapa yang tengah mencari servis seperti ini..good luck ya..

Banyak kelebihannya mendaftar dengan iLancee, banyak peluang menjana pendapatan online :)

saya pun join contest ni. good luck all the best..

Wah menarik ni.. dah lama saya cari cara nak buat duit dari rumah..

Terima kasih atas perkongsian.. Semoga awak dimurahkan rezeki

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut