PUNB Beri Pembiayaan RM160.68 Juta


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) telah memberikan pembiayaan sebanyak RM 160.68 juta kepada 645 usahawan daripada 486 syarikat di negeri ini sejak 1992 sehingga penghujung tahun lalu.

Pengerusinya, Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada lebih RM2.56 bilion yang dilaburkan membabitkan 8,728 usahawan daripada 6,158 syarikat seluruh negara.

Beliau berkata, negeri Kelantan menduduki tempat kelima daripada negeri yang paling banyak mendapat pembiayaan PUNB selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Johor.

Katanya, lima sektor teratas yang mendapat kelulusan pembiayaan di negeri Kelantan adalah perkakasan dan perkhidmatan kejuruteraan; kenderaan bermotor; perniagaan runcit; tekstil dan perhiasan serta barang kemas dan jam.

"PUNB akan terus berperanan membantu usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dan berkesan dalam bidang peruncitan, pemborong dan pengedaran. Ini termasuklah usahawan wanita yang juga mewakili satu pertiga daripada jumlah usahawan yang mendapat pembiayaan. Kita juga berharap para usahawan akan berusaha melonjakkan perniagaan ke tahap lebih tinggi termasuk menerobos pasaran luar negara khususnya negara-negara ASEAN," katanya.

Utusan Malaysia Online

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "PUNB Beri Pembiayaan RM160.68 Juta"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut