Nasihat Raymond Francis Jaga Kesihatan




Cara Elakkan Sakit Gigi, Kanser dan Gemuk

Dr Raymond Francis menulis 3 buku :

1. Tidak Pernah Sakit Lagi
2. Tidak Pernah Lagi Takut Kanser
3. Tidak Pernah Gendut Lagi

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dengan penyakitnya.

Di usia 75 tahun, Doktor hanya terkena penyakit flu sahaja dan itupun hanya sekali. Yang beliau bicarakan dalam buku tersebut adalah :

🌿 Jauhi gula selamanya disamping bersenam dan mengatur pola makan secukupnya.

🌿 Gula penyebab Influenza

🌿 Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%

🌿 Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam kerana Cola mengandung banyak gula

🌿 Gula penyebab Alzeimer

🌿 Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan sebagai pencegahan serta penyembuhannya adalah dengan menghindari gula

🌿 Gula penyebab segala penyakit jantung

🌿 Gula penyebab bertambahnya berat badan

🌿 Gula penyebab penimbunan lemak

🌿 Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dengan gula

🌿 Kesimpulannya - TINGGALKANLAH GULA

Doktor Raymond berkongsi karya ilmiahnya di Universiti Frankfurt tentang kesihatan makanan iaitu :

☘ Yogurt merupakan sumber kalsium tertinggi kerana kandungan segelas Yogurt 450mg kalsium, maka jadikanlah menu harian kita dengan Yogurt. Yang terbaik adalah Yogurt yang rendah lemak

☘ Daun Mint adalah ubat untuk menguatkan jantung dan peredaran darah. Jika minum daun Mint seperti teh biasa, dapat melancarkan perut dan usus, mengurangi penyakit serta menyegarkan bau mulut

☘ Untuk menyembuhkan Gastric Anacidity, minum segelas rebusan daun mint panas tanpa tambahan gula

☘ Daun Mint boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan perasaan marah, menghilangkan Insomnia, meningkatkan Diuretik dan penghancur makanan yang terbaik

☘ Minuman bergas menambah besar ukuran pinggang wanita walaupun tidak menambah berat badannya

☘ Minuman bergas menyebabkan : Osteoporosis, masalah jantung dan ginjal, obesiti dan penyakit gula dan karies gigi 

☘ Sangat bahaya minum minuman penambah tenaga bagi anak-anak kerana ianya mempercepat denyut nadi, kejang-kejang, strok, dan kematian mendadak

☘ Teh hijau atau kopi hitam pahit sangat bagus kerana ada Antioksidan yang menjaga dari Kanser

☘ Ikan Salmon, epal, anggur, ceri, bluberry, bayam merupakan jenis makanan yang menjaga sel otak dan menguatkan ingatan

☘ Berjalan selama 30 minit sehari dalam jangka 5 hari seminggu dapat mengelakkan penyakit jantung, penyakit gula, depressi, penyakit tekanan darah, dan kolesterol

☘ Bawang putih membantu mengurangi peluang dijangkiti Kanser kerana bawang putih mampu meningkatkan imun

☘ Pengambilan halia suam pada waktu petang membantu membakar lemak dan mengeluarkan racun dari tubuh

☘ Usahakan minum segelas air selepas bangun tidur untuk mengembalikan cairan yang hilang waktu tidur serta untuk membersihkan racun di dalam tubuh

Doktor Raymond berkata : "Para ayah melarang anak-anak mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manis-manisan yang lebih berbahaya daripada rokok dan alkohol




0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Nasihat Raymond Francis Jaga Kesihatan"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut