Senangnya Cara Nak Delete Facebook


Cara-Cara Padam Akaun Facebook :

Langkah pertama ialah anda perlu Login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.
Langkah kedua, klik pautan ini https://www.facebook.com/help/delete_account



Langkah ketiga, klik pada kekotak Delete My Account; dan anda akan dibawa untuk pengesahan.

Langkah keempat, anda akan diminta untuk masukkan password akaun Facebook anda.


Kemudian, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai 14 hari tempoh bertenang selepas anda bersetuju untuk padam akaun Facebook anda. Anda dilarang untuk login kembali ke akaun yang telah anda mahu padam.

Sekiranya anda login ke akaun yang ingin anda padam, satu notifikasi akan keluar yang mengingatkan anda bahawa akaun Facebook anda dalam proses untuk dipadam dalam tempoh yang telah diberikan. Anda akan lihat tarikh sebenar akaun Facebook anda akan dipadamkan. Dalam notifikasi itu, anda akan nampak dua butang pilihat tersendiri - iaitu meneruskan padam (confirm deletion) dan batal (cancel deletion).

Semoga entri ini akan dapat selesaikan masalah mereka yang mahu padam akaun Facebook peribadi. Apabila anda padam, semua gambar, notifikasi berkaitan akaun Facebook anda itu juga turut terpadam.


0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Senangnya Cara Nak Delete Facebook"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut