21 Video Tutorial FB Ads Percuma



Alhamdulillah. Pertama kali dalam sejarah, Pi1M Gunong mengadakan Bengkel Pemasaran Melalui FB Ads dengan kerjasama Cikgu Wan Mohd Farhan, yang di jemput khas dari Kuala Terengganu untuk membimbing usahawan tempatan. Terima kasih Cikgu Pa'an Cool. Sebelum ini, Pi1M Gunong hanya mengadakan Bengkel Pemasaran Melalui Instagram dengan beberapa siri sudahpun dibuat, dan sambutan amatlah menggalakkan.

Bengkel berkenaan di adakan pada 7 Januari 2017, bermula pukul 2:00 petang dan berakhir sekitar pukul 11:00 malam dengan penyertaan permulaan seramai sembilan orang peserta. 

Berikut dipaparkan 21 video semasa bengkel di adakan sebagai bonus kepada pengunjug blog ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memanfaatkan dan memantapkan ilmu yang sedia ada. Insya Allah.

Catatan: 

Mohon maaf atas kualiti video yang kurang baik, maklumlah rekod pakai camera smartphone biasa sahaja. Ditambah pula dengan suara-suara peserta yang suka menyampuk semasa cikgu mengajar. Hal demikian sedikit sebanyak mengganggu penyampaian penceramah. Bukan apa, mungkin peserta terlalu excited dan tak boleh simpan lama soalan, dan terus di ajukan kepada Cikgu Pa'an. Apa-apapun bengkel memang happening dan santai!

Pi1M Gunong, Bachok


DK

Post a Comment

Previous Post Next Post