769 Angka Penarik Rezeki


Pernahkah anda mendengar bahawa angka tertentu boleh menjadi sumber penarik rezeki?

Tidak dinafikan bahawa masih ramai orang tidak percaya bahawa sains metafizik boleh memberi perubahan dalam kehidupan seharian tetapi sebenarnya angka-angka tertentu dalam kehidupan mampu memberi perubahan dalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai turutan nombor yang kadang-kadang tanpa disedari memberi manfaat kepada kita sekiranya kita memilikinya. Misalnya, angka 769.



Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan. Manakala angka 9 dikaitkan dengan kejayaan, menonjol, dan status tinggi. Gabungan ketiga-tiga angka ini memberi maksud yang kuat dan tidak salah kalau saya katakan, mampu menarik rezeki ke arah kita secara sedar, mahupun tanpa sedar. 

Berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah dimana salah seorang rakannya telah memiliki nombor siri duit yang mempunyai angka 769. Beliau menyimpannya di dalam wallet dan tanpa disedari, rezekinya mulai berubah, malah sentiasa bertambah dari hari ke hari. Itu pun baru not RM10. Beberapa orang rakannya yang lain sanggup membeli not RM10 tersebut dengan harga RM10,000, tetapi beliau tidak menjualnya kerana percaya angka tersebut benar-benar telah mengubah pintu rezekinya. 

Kita memahami angka-angka tertentu yang kita lihat dan perolehi dalam hidup ini memberi makna kepada kita. 

Sesiapa yang memiliki angka 769 pada nombor telefon yang digunakan seharian, pasti akan mempunai rezeki yang banyak dan lancar segala usahanya, berkat dengan kuasa dan rahmat Allah jua.











DK

2 Comments

Previous Post Next Post