Apa Itu Metafizik



Metafizik ialah sebuah ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yang wujud di alam ini. Metafizik suatu yang ghaib tapi wujud di sekililing kita dan bekerja untuk kita. Contohnya: warna dan pernomboran.

Metafizik terbahagi kepada beberapa bahagian:
  • Metafizik Pernomboran vs Pernomboran Islamik
  • Metafizik Warna
  • Metafizik Aura
  • Metafizik Kuasa Minda
  • Metafizik Spiritual (Tasawwuf dan Tariqat)


Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahagian falsafah ini. Boleh di katakan, bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Ia adalah bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal. 

Ia juga merupakan satu bidang pengajian tentang kehidupan nyata. Ianya merupakan satu falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi Epistemologi (teori tentang ilmu pengetahuan), Ontologi (pengajian tentang kehidupan nyata) dan Kosmologi (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)

Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta merupakan perkataaan Yunani yang membawa maksud di sebalik dan fizik pula adalah alam zahir. 

Metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu, terdapat persolan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap perkara yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu? Adakah sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud? Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang ahli falsafah. 

Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di capai. 

Di antara ahli falsafah yang membicarakan bahagian ini adalah Plato dan juga Aristotles. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sesuatu yang di sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri. Ini kerana alam pemikiran itu tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh di rasa kehadirannya. 

Bukan menilik nasib tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan boleh dilakukan.

Bukan untuk meramal nasib, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan.



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Apa Itu Metafizik"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut