Kuliah Ceramah Ustaz Auni Bin Mohamad



Siapa dia Ustaz Auni Mohamad?

Ustaz Auni bin Mohamad, seorang penceramah bebas yang berasal dari Pasir Mas Kelantan dan sekarang menetap di Pulau Pinang demi tugas sebagai guru di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sudah 13 tahun duduk di Pulau Pinang (tahun sekarang ini 2017).

Ustaz Auni ini memang sempoi bab sejarah, sebab dia boleh cerita sejarah silam, sejarah bible, sejarah peperangan, sejarah para Nabi, dan banyak lagi. Kuat ingatannya!

Semua cerita pasal iluminati dan freemason, semuanya dia boleh cerita. Paling best, ustaz ini, selamba takde kitab, otak seperti CPU komputer, selamba je terang. Paling bagus, dia ni takdalah kelakar, dia cakap straight to the point, tanpa henti. Buat hamba enjoy mendengarnya. 

Sesiapa suka dengar kisah-kisah para Nabi dan berkaitan sejarah atau sirah, marilah kita dengarkan ceramah Ustaz Auni ini. Ustaz Auni suka cerita bab sejarah dan kaitkan dengan amalan dan perihal akhir zaman. Satu buku yang tebal diterangkan dengan mudah oleh Ustaz Auni.

Tak rugi dengar kuliah agama nih. Ianya menambah ilmu pengetahuan kita dan meningkatkan iman kita. Semoga rahmat Allah senantiasa berada bersama-sama dengan kita. Amin.

Boleh tengok semua video ini dari channel Youtube Abu Khadijah Studio kebanyakannya. 



























Dengar | Amal | Sebarkan 

Untuk Jemputan Rakaman @ Sebarang Pertanyaan 
Hubungi 
017-4280414 

Jom Bantu Kos Operasi AKS 

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Kuliah Ceramah Ustaz Auni Bin Mohamad"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut