Metafizik : Rahsia Nombor



http://datoksirkronik.blogspot.my/search/label/Metafizik


Kenali potensi diri melalui rahsia tarikh lahir.

Sabda Nabi Muhammad SAW : Barang siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Penciptanya".

Tahniah, kerana anda berada di garisan permulaan di dalam perjalanan untuk mengenal kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman diri sendiri atau sesiapa yang anda kehendaki untuk membina strategi bagi meningkatkan potensi diri anda.

Anda tidak di ciptakan GAGAL!
Inilah ungkapan sebenar bagi kehidupan kita. Berdasarkan kajian metafizik atau lebih juga dikenali kajian nombor tarikh lahir mendapati setiap manusia mempunyai potensi dan fungsi tertentu di dalam dunia ini.

Tiada manusia yang di ciptakan gagal tetapi manusia itu sendiri yang gagal mencipta sesuatu yang terbaik untuk dirinya.

Kenali diri anda terlebih dahulu dan cungkil potensi anda. Tanpa kajian yang terperinci, memang susah untuk kita menyedari atau perasan 'mengenai kelebihan dan potensi diri kita, melalui Kaedah Metafizik ini anda akan lebih mudah untuk membuat sesuatu keputusan.

Setiap nombor atau angka ada getaran dan maksud yang tersendiri bukan sahaja digunakan pada tarikh lahir. Malah apa saja yang mempunyai angka seperti nombor telefon, nombor plate kenderan, nombor rumah dan sebagainya.
Secara ringkasnya, cuba fahami setiap maksud nombor yang di  huraikan di bawah:

Nombor 1 = Sendiri
Nombor 2 = Suara
Nombor 3 = Aktif
Nombor 4 = Rancang / Ilmu
Nombor 5 = Pencarian / Perubahan
Nombor 6 = Wang
Nombor 7 = Kawan
Nombor 8 = Tanggungjawab / Tekanan
Nombor 9 = Kejayaan.
Sebagai contoh:

67 - (6) duit (7) kawan :
Maka : anda mudah memberi atau membantu kawan anda dari segi kewangan.
19 - (1) sendiri (9) kejayaan :
Maka : kejayaan bergantung pada diri sendiri.


0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Metafizik : Rahsia Nombor"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut