Permohonan Biasiswa BYDPA Di Buka



Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) sesi 2017/2018 bagi pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) untuk dalam dan luar negara mula dibuka.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 12 biasiswa iaitu masing-masing enam untuk sarjana dan PhD ditawarkan untuk calon pengajian bidang sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Pemohon boleh mengisi borang melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup 3 Mac 2017 depan.

Keutamaan diberi kepada calon dengan keputusan akademik amat cemerlang iaitu purata mata gred kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana.



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Permohonan Biasiswa BYDPA Di Buka"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut