Wirid Utama Tareqat Ahmadiah Idrisiah





Pengasas utama dan pertama tarekat ini dilahirkan di Fas, Maghribi pada tahun 1172H/1755M dari keturunan Rasulullah SAW. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Idris bin Abdullah bin Hussain al-Muthanna bin Abu Muhammad hingga kepada Sayyidina al-Sabt. 

Sayyidi Ahmad (r.a) sebelum mendirikan Tarekat Ahmadiah ini menerima Tarekat al-Misriah al-Azizah daripada Sayyidi Abd. Wahab al-Tazi. Tarekat kedua yang diterimanya ialah al-Syazuliah daripada Syeikh Sayyidi Abu Kassim al-Wazir al-Ghazi. Manakala tarekat ketiga ialah Tarekat al-Khulwatiah daripada Syeikh Hassan bin Hassan Bek al-Kina.

Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan-amalan di waktu siang dan malam. Amalan amalan yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah :

Amalan Utama
  • Fatihatul Aurad
  • Al-Tahlil Makhsus
  • Al-Salawat al-‘Azimiah
  • Al-Istighfar al-Kabir
Amalan Tambahan
  • Al-Mahamid al-Thamaniah
  • Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar
  • Al-Husun Mani‘ah
  • Al-Ahzab
































0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Wirid Utama Tareqat Ahmadiah Idrisiah"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut