Kisah Benar Di Sebalik Penceraian Dato Vida

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin. 

Datuk Seri Vida merupakan anak kelahiran Machang, Kelantan dan usahawan selebriti itu gah dipersada arena seni hiburan apabila pernah menaja beberapa program realiti TV tanah air. 


"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua. Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya.


Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang. Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," katanya.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, buat kali ketiga selepas pernah bercerai sebelum ini sebanyak dua kali. 




“Sakit ini biar saya yang tanggung” 
Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.

“Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.

Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Kisah Benar Di Sebalik Penceraian Dato Vida"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut