Merindui Syaikhuna Syeikh Dr Ismail Mahmood

Dr Ismail Bin Mahmood

Kelulusan Akademik:

  • BA Syariah dan Undang-undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kelantan.
  • MA Syariah (Usul Fiqh), Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • PhD Syariah (Usul Fiqh), Universiti Kebangsaan, Malaysia.
Pengalaman:

  • Pensyarah UKM.
  • Pensyarah Khas, UKM.
  • Pensyarah Kontrak, UKM.
  • Pensyarah Sambilan, UKM.
  • Pensyarah Pelawat, Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU), Brunei Darussalam.
Kemahiran/Kepakaran:

  • Hadis
  • Usul Fiqh
Menerbitkan Kitab Zikir Berganda 



Gambar di atas, saya bersama dengan Syeikh Dr Ismail Mahmood pada pertama kali berjumpa semasa Program Ziarah Ulamak pada 31 Ogos 2016 yang lalu.

Dr Ismail Mahmood ini menerbitkan sebuah kitab kecil yang dinamakan Zikir Berganda dan Muntahal Ghooyat.

Alhamdulillah. Sebelum berjumpa dengan Syeikh Dr Ismail Mahmood ini, saya telah pun memiliki kitab itu. Dapat kitab dulu dan selepas itu dapat berjumpa dengan Tuan Penyusun kitab tersebut.

Rentetan selepas pertemuan itu, saya sering kali berkunjung ke rumah Dr Ismail Mahmood untuk menziarahinya.

Alhamdulillah, malam tadi, 26 April 2017 bertempat di rumah Dr Ismail bin Mahmood, saya di baiah oleh Syeikh Dr Ismail sendiri untuk menjadi sebahagian ahli Al Usbah Al Haasyimiah.

Alhamdulillah. Haaza Min Fadli Robbii Wa Robbunaa Wa Robbukum. Amin.



Gambar di atas, peserta Ziarah Ulamak di bawah pimpinan Ustaz Rusydi Abdul Malek sedang berdoa di maqam Tok Khurasan, antara maqam yang sempat di ziarahi. 


Video Dr Syeikh Ismail Mahmood










Gambar Buat Kenangan


Gambar di atas, saya bersama Ustaz Rusydi dan Ustaz Abdullah Tahir, sempat menziarahi Syed Ali Al Badry yang datang bertandang ke Malaysia. Saya menerima jemputan khusus dari Syeikh Dr Ismail Mahmood yang mengarahkan saya dan Ustaz Rusydi untuk naik ke Kuala Lumpur dari Kelantan untuk berjumpa dengan Syed Ali


Gambar ini semasa saya berada di rumah Arwah Syamsul Bahri di rumah emaknya di Jerantut, Pahang.



Lawati - http://alimamelaraby.com/



Alloohumma Taqobbal Hasanaatii.



DK

1 Comments

  1. [9/13, 11:50 PM] Kamaliah Abdul Rahman Bini Ustwil: Assalamualaikum aank-anak Usbah. Dukacita dimaklumkan syeikh dah kembali ke rahmatullah.
    [9/13, 11:51 PM] Kamaliah Abdul Rahman Bini Ustwil: Doakan agar dosanya diampunkan dan ditempatkan di kalangan para kekasihNya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post