Zikir Berganda - Syeikh Dr Ismail Mahmood

Orang yang ditemukan dengan Zikir Berganda ini, maka sesungguhnya dia telah mendapat anugerah dari Allah yang sangat besar. Maka panjatkanlah pujian dan kesyukuran kepada Allah dengan pujian dan kesyukuran yang selayak dengan Nya. 

Kitab Zikir Berganda ini di susun khusus oleh Syeikh Dr Ismail bin Mahmood, seorang Wali Allah yang mempunyai beberapa karomah/keramat, masih bertugas sebagai pensyarah KIAS dan pensyarah jemputan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Kelantan. Kitab ini diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu oleh al Fadhil Ustaz Ismail bin Ahmed.

Semoga Allah merahmati mereka yang terlibat dalam menjayakan pembikinan Kitab Zikir Berganda ini. Amin.

Boleh dapatkan dengan Tuan Syeikh Dr Ismail sendiri atau boleh juga


Download Di SINI

Download Di SINI

Sebelum download, saya mohon tuan/puan pasang niat dan berdoa untuk saya (Mohd Mubassyir bin Mat Deris), supaya terus istiqomah dalam mengamalkan segala isi kandungan zikir ini, mohon semoga Allah menerima segala amal baik saya, dan memberi keselamatan kepada saya di dunia dan akhirat. Amin.


Secebis Pengalaman Rohani :

Pintu Langit Terbuka - Ada seorang hamba Allah sedang khusyuk membaca Zikir Berganda di bawah khemah di Padang Arafah. Suasana yang sebenar, ketika itu wujud satu cahaya keluar dari tempat si pembaca itu duduk. Orang ramai di luar khemah itu terlihat satu cahaya terus menerus dari khemah tersebut hingga ke atas langit. Maka timbul kehairanan orang di situ untuk mengetahui apa perkara yang sebenar terjadi. Si pembaca Zikir Berganda tadi juga berasa pelik mengapa orang di luar khemahnya sedang bising-bising dan dia mahu keluar dari khemah itu untuk mengetahui apa yang terjadi. Ketika itu, si pembaca menutup Kitab Zikir Berganda. Saat itu juga hilang cahaya gemilang tadi. 














Klik Pada Gambar Untuk Lihat Dengan Lebih Jelas







































































Tamat


0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Zikir Berganda - Syeikh Dr Ismail Mahmood"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut