Azan Dan Bacaan Al-Quran Sudah Berkumandang Di The Vatican City


Janji ALLAH itu BENAR! Sebagaimana Konstantinople pernah di takluk oleh Al-Fateh di Turki, begitu jugalah Vatican akan di takluk oleh tentera Muslimin!

Azan dan al-Quran dah mula bergema di sana, bermulanya fasa baru era kegemilangan ISLAM! ALLAHU AKBAR!


VATICAN CITY – Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan di perdengarkan di Vatican City  dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu.

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.




Vatican City – adalah negara terkecil di dunia. Berukuran hanya 0.2 batu persegi dan di kelilingi oleh Bandar Rom Di Italy. Vatican City telah di isytiharkan sebuah negara merdeka sejak tahun 1929. Vatican City pada umumnya di kenali sebagai Holy City oleh penganut agama Kristian. Di diami oleh lebih kurang 800 orang dimana hampir 75 peratus daripada rakyat Vatican adalah ulama Kristian. Vatican City merupakan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.

Sumber: Times of Israel




0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Azan Dan Bacaan Al-Quran Sudah Berkumandang Di The Vatican City"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut