Rahsia Besar Makna Dan Hakikat Al Fatihah





Makna Alfatihah Oleh M. Thoyib HM

Bismillahirrahmanirrahim

Inilah asalnya Fatihah yang diturunkan Allah ke dalam dunia ini kepada Nabi-Nabi, wajiblah kita ketahui bahagian-bahagiannya.


Alhamdu lillahi rabbil `alamiin
Kepada Nabi adam AS maujud kepada


Arrahmani Rahiim
Kepada Nabi Daud AS maujud kepada


Maliki Yaumid din
Kepada Nabi Sulaiman AS maujud kepada


Iyyaka Na`budu Wa Iyyaka Nasta`iin
Kepada Nabi Ibrahim AS maujud kepada


Ihdina Siratal Mustaqiim
Kepada Nabi Ya`qub AS maujud kepada


Siratal ladzi
Kepada Nabi Yusuf AS maujud kepada


An`amta `Alaihim
Kepada Nabi Musa AS maujud kepada


Ghairil Maghdhubi `Alaihim
Kepada Nabi Isa AS maujud kepada


Wa Laa Dhaaliin Amiin
Berhimpun semua Nabi kepada Muhammad SAW


Demikianlah asalnya Fatihah maka dari itulah hendaknya diketahui keadaan Fatihah yang diturunkan Allah SWT dipersada alam dunia ini supaya kita dapat sempurna apa-apa yang kita lakukan di dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT, sehingga kita dituntut mengetahui erti atau tafsir dari Al-Quran karim terutama Ummul Kitab yang berkaitan dengan Fatihah itu sendiri.


Al-Fatihah juga terhimpun dua kalimah Syahadat, Nafi – Manfi – Isbat –Musbat.


Wa Man Lam Yuallimu Ma`Na Huma Fahuwa Kapir Muhalladun Fin Nar Wa An Shalla Wa Shiyama Ramadhan Wa Hijjul Baitillah Al Haram


Barangsiapa yang tidak tahu akan makna dua kalimah itu iaitu Laa Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah maka mereka itu orang kafir dikekalkan di dalam api neraka dan jika ia sembahyang lima waktu dan puasa bulan ramadhan dan naik haji ke baitullah al haram sekalipun, ertinya masih dalam neraka.




Intisari Surah Al Fatihah


Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya? Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran di hati anda, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silakan menangis jika dorongan itu memang kuat. Jangan tahan tangisan anda.


Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia, hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berertinya kita di hadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapanNya. Rasakan getaran yang dahsyat di dada anda.


Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Rasakan seperti pada ayat pertama

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Bayangkan seolah-olah anda berada dihapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal di hari itu. Bagaimana keadaan anda dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang anda dengar. Biarkan airmata anda mengalir. Menangislah di hadapan Allah pada hari ini, di saat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai anda menangis kelak di hari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup


Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Inilah pengakuan anda bahawa hanya Dia yang anda sembah, dan hanya padaNya anda mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan ikhlas.


Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Mohonlah padanya agar di tunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkatNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang anda dengar.


Ayat 7: “(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat, kebahagiaan dan kejayaan sebagai kurnia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagiaan seperti orang itu.

Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya

Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.


Jika anda orang yang berhati peka pasti anda akan menangis, mendengar bacaan tadabbur ini. Jika anda belum merasakan getaran apapun di hati anda. Ulangi terus tadabbur ini. 

Gunung-ganang, bukit bukau, saja akan hancur mendengar ayat Qur’an, hati anda tidak sebesar gunung bukan? Mudah mudahan Allah tidak mengunci mati hati anda.




1 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Rahsia Besar Makna Dan Hakikat Al Fatihah"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut