Boyfriend Untuk Disewa Pada Hari Kekasih


Anda Sunyi Di Hari Kekasih? 


Umum mengetahui 14 Februari disambut sebagai Hari Kekasih di seluruh dunia. 

Walaupun umat Islam dilarang meraikannya atas alasan agama, namun kemeriahan hari berkenaan masih terasa di negara ini. Jualan murah di pusat beli-belah dan set hadiah yang dipromosikan pada harga istimewa antara yang dapat dilihat.

Namun, tidak hanya itu, ada yang bertindak lebih ekstrim apabila ‘menjual’ sesuatu yang tidak disangka-sangka untuk sambutan hari berkenaan. Apa yang dijual tu?

‘Lelong’ diri di Carousell





Jika kebiasaannya hadiah Hari Kekasih dikaitkan dengan coklat, jambangan bunga atau makan malam di restoran mewah, lain pula yang ditawarkan ‘peniaga’ di Carousell ini. 

2 lelaki dilihat mempromosikan diri sendiri untuk ‘dijual’ bagi menemani hari istimewa itu dengan harga RM67.91 hingga RM1000!

Menurut ‘penjual’ yang menggunakan nama flystorekl itu, dia sedia menerima tawaran keluar untuk Hari Kekasih tanpa ada ikatan dan tidak menolak kemungkinan date kedua jika secocok.

Sendirian di Hari Kekasih? Saya pun, untuk itu saya menawarkan satu hari istimewa untuk kita keluar dating! Apa sahaja sama ada makan malam, tengok wayang atau apa-apa yang sah di sisi undang-undang yang anda mahu.

Tidak ada ikatan komitmen, tapi siapa tahu kalau kita boleh ke peringkat seterusnya?

Namun post berkenaan dipadamkan ketika artikel ini ditulis.

Tak sampai RM70 untuk keluar date!



Jika ‘penjual’ pertama melelong dengan harga RM1000, bagi Johan Arieff pula, dia hanya meletakkan bidaan RM67.91 sebagai harga permulaan. Menurutnya, harga itu dipilih berdasarkan hari lahirnya dan mengharapkan mendapat harga yang lebih tinggi untuk jual beli itu.

Ditanya The Malay Mail kenapa dia tidak memulakan harga dengan RM679, dia berkata dia tidak mahu ‘jual mahal’ dengan harga sebegitu.

Johan difahamkan orang kedua ‘membuat’ lelongan berkenaan di laman yang terkenal dengan jualan barangan terpakai itu.

Ayuh keluar dating bersama! Tengok wayang? Melihat bintang? Saya teruja untuk berkongsi hari istimewa itu bersama anda, asalkan selamat, sudah tentunya.

Saya boleh buat orang selesa berada di sisi dan boleh jadi gila-gila asalkan anda boleh bergelak-ketawa bersama-sama. Sertai bidaan ini dan kita mungkin boleh menghabiskan masa yang bermakna ini bersama.



Sumber: Carousell , The Malay Mail



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Boyfriend Untuk Disewa Pada Hari Kekasih"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut