Pemuda Menang Kereta, Berkat Bawa Emak


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) menyampaikan replika kunci Perodua Axia kepada Muhd Azam Muhd Said, 25, (tiga dari kanan) selepas menjadi pemenang utama dalam cabutan bertuah Cruise & Win 2017 anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka di Melaka River Cruise, Taman Rempah.

Berkat bawa mak, keluarga makan angin

MELAKA: "Tak sangka berkat mahu bawa mak dan keluarga 'makan angin' naik bot keliling Sungai Melaka membawa rezeki besar buat saya awal tahun ini," kata pemenang cabutan bertuah Cruise & Win 2017 di sini, hari ini.

Muhd Azam Muhd Said, 25, berjaya membawa pulang sebuah kereta PERODUA Axia selepas diumumkan pemenang cabutan bertuah itu yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Melaka River Cruise, Taman Rempah, di sini.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia tidak menyangka dengan hanya bermodalkan harga tiket yang tidak seberapa untuk menaiki Melaka River Cruise, awal tahun lalu, melayakkannya memenangi hadiah berkenaan.

"Ketika dapat panggilan daripada Melaka River Cruise akhir tahun lalu, memang saya ingatkan ia panggilan palsu, mungkin ada orang nak kenakan saya. Memang sukar nak percaya pada mulanya. Saya anggap ini rezeki tahun baharu dan saya percaya niat baik kepada keluarga, terutama ibu besar ganjarannya. Selepas ini bolehlah bawa dia jalan-jalan naik kereta baharu pula. Nak beli sendiri belum mampu," 

Sementara itu, Idris menyifatkan cabutan Cruise & Win anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka adalah kempen terbaik bagi mempromosikan Melaka River Cruise sebagai destinasi pelancongan terunggul negara.

"Hadiah ini boleh dianggap sebagai penghargaan kerana memilih Melaka River Cruise sebagai produk yang harus dilawati ketika berkunjung ke negeri ini. Bagaimanapun, saya masih mengharapkan kemajuan sungai fasa kedua ini berada pada landasannya agar ia setanding produk yang dipamerkan,"



Sumber : Berita Harian



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Pemuda Menang Kereta, Berkat Bawa Emak"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut