Jutawan Dengan Banyak Baca Quran




ZIKIR AL-QURAN

Surah Al Ikhlas (4 Ayat) 100x
Surah Al Falaq (5 Ayat) 100x
Surah An Naas (6 Ayat) 100x 
Surah Al Fatihah (7 Ayat) 100x 

Jumlah = 2,200 Ayat
Tingkatan : Jutawan Al Quran
AL-MUQANTIRIN : Pembaca Lebih Dari 300 Ayat.

‎“Siapa membaca pada satu malam 300 ayat Quran, adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca 700 ayat, ‎Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.‎

Hasan menerangkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi ‎oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan ‎peribadatan malam (ibadah sepenuh malam). dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat ‎‎1,000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1 Qinthar di akhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu ‎Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12,000.”‎

Abi Ad-Darda menyebutkan sabda Nabi Saw: “Siapa membaca 1,000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar ‎pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.‎

Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1,000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan ‎untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperolehi lagi pahala ‎mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.‎
.
www.datoksirkronik.blogspot.com
.


1 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Jutawan Dengan Banyak Baca Quran"

Membaca al quran memang dapat memudahkan rizki

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut