Kelebihan Selawat Azimiah - Ustaz Haji Sa'ari Hussein


Kelebihan Selawat Azimiah


Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Azimiah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat oleh seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali.


1 kali baca Selawat Azimiah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar.


Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat.


Tapi 1 kali baca Selawat Azimiah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat.





Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah


Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla).


Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya.


Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”


Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) 500 tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi: 

Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-solihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian martabat selawat ini. 

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlillah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.

Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).


Rahsia Selawat Azimiah.

Ilmu dari Sidi Ahmad.

  1. Ditarbiah oleh Rasulullah SAW.
  2. Disukai oleh ahli keluarga Rasulullah SAW, sehingga nak buat anak angkat dan di izin 'jadi ahli keluarga' Baginda SAW.
  3. Rahsia wajmak/berkumpul dengan Nabi SAW.
  4. Rahsia nur wajah Allah dan Nur Muhammadiah.
  5. Kesan atau natijah Selawat Azimiah, mahabbah Allah  dan Rasul SAW.
  6. Jin-jin tak boleh nak sebut apabila nak sebut bunyi Grrrrrrrrrrrr Grrrrrrrrrrrr. Jika kita berjalan dan ada kumpulan jin dekat kita lalu mereka berkata sesama mereka, "awas dia tu amal Selawat Azimiah".
  7. Dapat syafaat Nabi SAW masa hidup, masa nak mati dan di akhirat.
  8. Nabi SAW terus hadir siapa-siapa yang baca Selawat Azimiah, sambil berkata: teruskan teruskan aku suka dengar kamu baca selawat anak ku Ibnu Idris.
  9. Berhimpun dgn Nabi SAW dengan 4 perhimpunan.
  10. Selawat Azimiah boleh dipecahkan kepada 5 bahagian, iaitu Nur, Rahmat, Ta'zim, Berhimpun dan Hakikat Muhammadiah.


Baca 1 kali setiap lepas solat fardu, paling kurang. Boleh juga 100 kali sehari.

Dan maksimanya 2000 kali sehari.





Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein Wakil Khalifah Ahmadiah Idrissiah Kelantan

Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Cawangan Kelantan bertempat di Surau Tuan Guru Haji Awang Alim, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan sekarang ini diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari bin Hussein.

Beliau adalah seorang guru Tareqah yang sudah lama mendalami Tareqah ini, iaitu sejak dari tahun 1964 lagi. Beliau pernah berbaiah dengan ramai guru bagi Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah yang diantaranya ialah Rabiatul Adawiah (anak kepada Haji Said Linggi), Sidi Hamid (Mambau), Syeikh Ahmad (Sendayan), Sidi Muhammad (Ampangan), Sidi Abdul Rashid (Singapura), Sidi Sheikh Abdul Ghani (Kaherah, Mesir), Amir Abdullah (Mesir), Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal, Sidi Sheikh Ibnu Idris (Sudan) dan ramai lagi.

Pada awal tahun 90an beliau bersama isterinya (Hajjah Wan Zainun Wan Jaafar) telah dijemput ke Dandara, Mesir untuk berjumpa dengan Amir Fadh (Amir bagi Usrah Dandarawiah di Mesir) untuk diberi beberapa jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang menimpa Ikhwan Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah di Negeri Kelantan amnya. Amir Fadh telah menyampaikan 2 wasiqoh kepada Ustaz Hj Sa'ari iaitu Wasiqatul-Amal dan Wasiqatul Baidho'.

Anak kedua Al-Fadhil Ustaz Hj Sa'ari iaitu Prof Madya Dr. Che Zarrina binti Hj Saari, yang sekarang ini merupakan seorang Prof. Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pengkhususan dalam bidang tasawuf banyak menghasilkan buku dan jurnal mengenai Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah di Rantau Asia Tenggara dan Malaysia amnya.

Menantu kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Saari iaitu Prof Dr Joni Tamkin Borhan (Jabatan Ekonomi dan Syariah, UM) dan juga Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, UM) turut sama menyumbang penulisan artikel dan jurnal mengenai amalan tareqah tasawuf.

Zikir Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah masih lagi dilaksanakan di Surau Tuan Guru Haji Awang Alim, Kota Bharu pada hari Khamis malam Jumaat (bermula dengan Solat Maghrib) yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari sendiri. Sambutannya amatlah menggalakkan daripada para ikhwan seluruh Malaysia termasuk juga para ikhwan daripada Negara Brunei, Thailand dan Singapura.



Lihat Juga Video Lain.

















DK

4 Comments

  1. Ruan Guru Syeikh Ahmad bin Mohd Salleh adalah merupakan pengganti yg mewakili datuknya Sidi Syeikh Muhammad Said Al- Linggi

    ReplyDelete
  2. saya ada juga buat posting pasal selawat azimiah ini di blog saya. jemput singgah.
    .... https://samsulhanafi92.blogspot.com/2024/07/selawat-azimiyah-semua-selawat.html
    ....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post