Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
Jom kita lihat video tutorial bagaimana nak kira nombor asas kita mengikut tarikh lahir masing-masing.
Ciri-Ciri Nombor Kod Asas :
Nombor 1: Elemen Logam
Ada ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut.
Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra.
Nombor 3: Elemen Api
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara.
Nombor 4: Elemen Kayu
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan.
Nombor 5: Elemen Tanah
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A”lah jawapannya, jika “B”, “B”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian.
Nombor 6: Elemen Logam / Besi
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan.
Nombor 7: Elemen Air
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah.
Nombor 8: Elemen Api
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya.
Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa.
Nombor 9: Elemen Kayu
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.
Mari kita tengok video berkaitan 5 elemen utama yang ada pada manusia.
Jom kita lihat video untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri individu nombor asas 1 hingga 7.
(Maaf bagi individu nombor asas 8 dan 9, sebab tiada video penerangan untuk anda).
Info Pola Diri :
1 - Sangat berdikari, namun ditikam dari belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut/kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru, penyanyi dan usahawan
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan dan orang politik
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa dan cepat bosan. Tetapi, banyak idea dan inovatif
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian
Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.
Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.
Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.
Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.
Ilmu Allah sangatlah luas.
Sama-samalah kita mengkajinya.
Baca Juga : Warna Aura Mengikut Hari
Tags
Metafizik
As salam.
ReplyDeleteBagaimana untuk mengatasi @ menyelesaikan masalah untuk kod angka kewangan 3...?
@Adila Al-Zahra, kata guru saya, kena mandi dengan Garam Aura769, dan rajin2lah menyimpan aset dlm bentuk emas, aset kekal. insya allah.
ReplyDeleteIndividu yang memiliki Status Kewangan Angka 3 biasanya dilihat sebagai pemurah, boros mahupun tidak mahir menguruskan kewangan. Namun, daripada perspektif kajian pernomboran, alasan atau faktor itu bukanlah penyebab kepada masalah kewangan mereka dengan kata lain alasan boros atau pemurah adalah sebagai satu “alat” untuk wang mereka keluar daripada hidup mereka. Sebenarnya, individu yang memiliki Status Kewangan Angka 3 di dapati lebih cenderung kepada “memberi wang kepada orang lain”. Sebagai contoh, Bill Gates, individu yang terkaya di dunia telah berjanji akan menyerahkan separuh dari kekayaan mereka kepada kebajikan. Ini bermaksud bahawa individu yang memiliki Status Kewangan Angka 3 seolah ditugaskan di dunia ini untuk memberi wang kepada orang lain. Jika tujuan memberi wang kepada orang lain adalah secara baik namun ramai individu yang memiliki Status Kewangan Angka 3 tidak “memberi” wang dengan cara yang baik menyebabkan mereka pula berada di dalam status masalah kewangan tegar. - eddyrosyad
ReplyDeleteBagi menangani perihal masalah kewangan untuk ramai individu, maka penulis mencadangkan supaya semua individu yang memiliki “Status Kewangan Angka 3” supaya tidak lagi membuat sebarang pinjaman kewangan bagi pihak dirinya atau untuk orang lain, menyerahkan wang miliknya kepada orang lain serta tidak terlibat sebagai penjamin kepada orang lan. Walaupun cadangan ini adalah kurang munasabah, tetapi ini adalah satu cadangan yang mampu menyelamatkan ramai individu daripada menjadi lebih teruk dengan masalah kewangan tegar.
ReplyDeleteBerhenti memberi pinjaman atau menyerahkan wang kepada orang lain adalah satu strategi yang berkesan kepada individu yang memiliki Status Kewangan Angka 3. Tetapi, dalam membuat pinjaman dari institusi kewangan pula untuk urusan sewabeli peralatan malah membeli rumah atau kenderaan, maka sedaya upaya yang boleh individu yang memiliki Status Kewangan 3 menggunakan wang simpanan sendiri berbanding membuat pinjaman tersebut. Walaupun ianya sesuatu yang dilihat sebagai satu perkara yang sukar dilaksanakan tetapi ini adalah satu strategi yang paling mantap untuk kesan jangka panjang. Biarlah bersusah dahulu membuat simpanan bagi memastikan masalah kewangan dapat dikawal baik berbanding bersenang dahulu membuat pinjaman yang kemudiannya merana untuk masa yang panjang. - eddyrosyadi
Terdapat pelbagai cara dan strategi yang boleh digunakan oleh individu yang memiliki Status Kewangan Angka 3 untuk membuat pinjaman atau menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan bagi mengelakkan daripada terperangkap di dalam masalah kewangan. Namun, ianya bergantung kepada kesesuaian cara dan latarbelakang individu tersebut yang berbeza untuk setiap individu, jadi sesi konsultansi peribadi dilakukan bagi mengenalpasti corak kewangan dan pelan tindakan bagi setiap individu tersebut. - eddyrosyadi
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya pun menghadapi keadaan cabaran kewangan bernombor 3 ni. Sepertinya no 3 ni, xboleh nak habis dari cabaran kewangan. Hihihi...
ReplyDeletetidak faham
ReplyDeleteSaya dah buat pengiraan Pola diri, nombor Jutawan Dan dapatkan 12 Pola melalui pengiraan ic. Dimana saya boleh dapat penerangan tentang nombor pola tersebut? Nombor pola saya tidak terdapat dalam senarai Di atas
ReplyDeleteBerdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang.
ReplyDeleteme and my family return whatever we took from you, your staff, your website and your company and their belonging to you.we take only the haq and nothing else before, now and forever
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteSampai kini saya tak dapat / mengetahui bidang yg sesuai utk sya. Even saya tau cara kira dan byk kali baca detail pola 3 nombor, pola nombor, dan mcm2 lagi. Sapa boleh bantu saya. 06041980.just nk tau bidang / perniagaan yg paling sesuai.
ReplyDelete29081977 blh bgi pencerahan
ReplyDeletebanyak sekali ya, keahlian seseorang dalam membuat suatu penetapan berdasarkan tanggal dan tahun lahir, hebat luar biasa
ReplyDeletekita manusia hanya berihtiar adapun yang terjadi pada kita merupakan takdir dari sang ilahi
ReplyDeleteilmunya cukup mumpuni juga, perlu saya simak dan coba buktikan nih
ReplyDeleteluar biasa, saya salut sekali dengan kemampuan menganalisa
ReplyDelete