Ayah Arka / Rani Kulup Beraya Di Kelantan

Pada Hari Raya Idul Fitri 2015 yang ketiga ini nanti, Abdul Rani Kulup  akan beraya di rumah isteri keduanya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayah Arka, dan juga sebagai ‘Raja Report Malaysia’ kerana gemar membuat laporan polis tentang pelbagai isu negara malah diangkat antara individu paling popular menerusi media sosial.

Semuanya gara-gara tagline #kipidap (Keep It Up) yang menjadi siulan ramai hinggakan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Beliau juga mempunyai jemaah sendiri dan merupakan Presiden sendiri iaitu Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). 

MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.

Asalnya MJMM ialah Majlis Jemaah Muhibbah (MJM), tetapi setelah berdaftar di bawah ROS pada 30 Julai 2012 maka nama pertubuhan itu diubah kepada MJMM.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti kemasyarakatan termasuk membuat laporan polis kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut, menghina Islam, bangsa dan negara.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berjumpa dengan Ayah Arka ini, boleh lah datang ke sana nanti.

Beliau juga berbakat dalam bidang muzik (Sometimes Group) sebagai Pemain Drum dan Penyanyi, serta berbakat dalam bidang masakan.



Biodata :

Nama : Abd Rani bin Kulup Abdullah
No: Tentera : 30222 
Pangkat : LLP (Lain-Lain Pangkat)
Agama : Islam     
Tarikh Lahir : 10 Mac 1955 
Tempat Lahir : Perak
Jantina : Lelaki
Kumpulan Darah : B 
Tinggi : 1.62 Meter



DK

Post a Comment

Previous Post Next Post