Live Himpunan RUU355 18 Februari 2017 Padang Merbok


🔴(((LIVE)))

Himpunan 355 (Sesi Petang Part 2) - 
Update 5:15 PM


LIVE Audio Terbaik Hanya Boleh Di Ikuti Di 




Channel LIVE boleh di ikuti di :

1- http://www.hijau.fm

Ikuti informasi rasmi #H355K di :

1. Facebook : fb.com/Himpunan355
4. Telegram : tlgrm.me/Himpunan355

Lokasi : Padang Merbok Kuala Lumpur : https://goo.gl/IHc0Ds









Kehadiran Setakat Ini (Pukul 12.20 PM)

Kedah 139 buah bas
Peserta 60,000

Terengganu 172 buah bas
Peserta 48,000
Kelantan 135 buah bas
Peserta 36,000
Johor 40 buah bas
Peserta 17,000
Perak 76 buah bas
Peserta 22,000
Melaka 23 buah bas
Perlis 17 buah bas
Pahang 41 buah bas
Peserta 22,000

Negeri Sembilan 21 buah bas
Selangor 79,000 perserta
Pulau Pinang 51 buah bas
Wilayah Persekutan
Peserta 16,000

Peserta himpunan menunaikan solat zohor di Padang Merbok. Doakan segala urusan berjalan lancar.




Rakyat Ungu



Talk #H355 bersama Jamal Abdillah




Talk #H355 bersama Mahasiswa


#H355 bersama Ust Ja


#H355 bersama Wahid Senario

Warna Warni Padang Merbok. Menunggu detik Himpunan 355 bermula.





Matlamat Himpunan 355
• Membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia ke arah membulat sokongan terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan melaksanakan Undang-Undang berlandaskan Syariat Islam sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Objektif Himpunan 355
• Memberi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dipinda dan kenapa ia mesti disokong dan didukung oleh seluruh rakyat Malaysia.
• Memugar kebangkitan dan kekuatan ummat dalam mendepani cabaran dan terhadap usaha memartabatkan Syariah Islam dan hak mereka.
• Memperteguh komitmen, kekuatan mental, fizikal dan spiritual rakyat Malaysia terhadap usaha memartabatkan Syariat Islam di Malaysia.
• Menyerlahkan kekuatan umat Islam dan menyatukan mereka untuk berjuang menegakkan Syariah di Malaysia.
• Mendidik Rakyat Malaysia ke arah memahami dan menghormati hak mengamalkan agama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan serta menyatukan rakyat, mengekalkan keharmonian dan memupuk perpaduan.


Pergerakan Bas Persiaran, Bas Sewa Khas dan Kenderaan Persendirian

Sekretariat Himpunan RUU 355 menasihatkan agar setiap kenderaan terutamanya bas - bas persiaran dan sewa khas yang membawa peserta Himpunan RUU 355 pada hari Sabtu, 18 Februari 2017 agar mematuhi serta mengikuti arahan yang telah di tetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kesesakan di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur berikutan jangkaan kehadiran yang ramai pada hari perhimpunan tersebut.


Oleh itu, adalah di minta semua kenderaan terutamanya bas persiaran atau sewa khas yang membawa peserta RUU 355 mematuhi arahan berikut :

1) Bas Persiaran Dan Bas Sewa Khas

Pergerakan untuk bas yang masuk dari luar Kuala Lumpur adalah seperti berikut :

i ) Dari Utara. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) 
Dari Tol Jalan Duta - Jalan Kuching - Bulatan Jalan Kinabalu – Jalan Sultan Salahuddin. (Kompleks JKR Wilayah Persekutuan)

ii )Dari Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Dari Tol Gombak – Lebuhraya DUKE – Jalan Kuching – Bulatan Jalan Kinabalu - Jalan Raja Laut. (Medan MARA)

iii ) Dari Selatan. (Johor, Melaka, Negeri Sembilan)
Dari Tol Sungai Besi – Jalan Sungai Besi – Jalan Istana – Jalan Dewan Bahasa – Jalan Wisma Putra – Jalan Maharaja Lela – Jalan Kinabalu. (Masjid Negara)

2 Menurun Dan Mengambil Peserta

Bas Dari Utara.

i) Menurun & mengambil perserta berhampiran dengan Kompleks JKR Wilayah Persekutuan di Jalan Sultan Salahuddin.
Bas dari Pantai Timur.

ii) Menurun & mengambil peserta di Medan Mara, Jalan Raja Laut.

Bas Dari Selatan.

iii) – Menurun & mengambil peserta di Masjid Negara.



Kesemua bas persiaran dan bas sewa khas hanya di benarkan menurunkan serta mengambil penumpang sahaja. Tidak di benarkan menunggu serta meletakkan kenderaan di kawasan terbabit.

Kesemua pemandu bas – bas tersebut di minta untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kenderaan Persendirian

Untuk kenderaan persendirian, tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sekitar Padang Merbuk, Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu lalu lintas dan pergerakan peserta di kawasan tapak program RUU 355 dan persekitarannya. 

Di nasihatkan agar semua pemilik kenderaan persendirian agar meletakkan kenderaan di kawasan parkir sekitar kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pergerakan di kawasan Bandaraya untuk ke tapak program RUU 355, peserta adalah di nasihatkan untuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter untuk memudahkan pergerakan ke sana.

Kamaruzaman Mohamad.
Setiausaha.
Jawatankuasa Perlaksana,
Himpunan RUU 355

Mari Tengok Video Di Bawah

 








Seruan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, supaya beramai-ramai hadir ke Himpunan 355 pada 18 Feb 2017

Saya menyeru kepada semua pihak khususnya umat Islam supaya menghadirkan diri dalam Himpunan RUU355, satu agenda untuk meninggikan kedudukan agama Islam yang telah disebut dalam perlembagaan adalah Agama Persekutuan.Ini adalah jasa generasi awal yang telah berjaya meletakkan Islam dalam perlembagaan. Adapun mengisinya adalah tanggungjawab kita generasi yang kemudian membetulkan kedudukan dalam perlembagaan yang telah meletakkan agama di bawah agama bidang kuasa negeri.

Namun kedudukan kuasa mahkhamah syariah yang paling tinggi dibawah bidang kuasa negeri adalah lebih rendah dari mahkhamah majistret yang paling rendah di daerah masing-masing. Adalah malang bagi umat Islam membiarkan kedudukan agama mereka begitu rupa, ditinggalkan oleh penjajah.

Setelah kita mencapai kemerdekaan, lebih setengah abad, sudah tiba masanya kita, menunaikan tanggungjawab orang Islam, untuk meninggikan agama mereka sendiri yang menjadi rahmat kepada seluruh alam khususnya kedudukan masyarakat majmuk, yang tidak mampu diselesaikan oleh segala undang-undang, teori dan ideologi yang lain. Walaupun syariat Islam tidak memaksa kalangan bukan Islam, tetapi perlu ditunjukkan model betapa Islam rahmat kepada seluruh alam.

355 adalah membolehkan bagaimana proses kehakiman Islam dapat ditunjuk keadilannya, kemurniaanya, dan masa yang sama memperkenalkan betapa undang-undang Islam bersikap mendidik, bukan mendera pelaku-pelaku jenayah. Mendidik kepada yang melakukan jenayah supaya kembali ke pangkal jalan, mendidik yang bakal melakukan jenayah tidak melakukan jenayah.

Ini adalah kewajipan kita semua seluruh rakyat khususnya orang Islam dalam menunaikan kewajipan menyuruh kebaikan yang baik dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.Itulah seruan saya.

Saya tegaskan lagi, marilah kita hadir beramai-ramai ke himpunan 18 Februari ni. Himpunan penting bagi umat Islam seluruhnya.Mudah-mudahan kita disaksikan oleh mahkhluk Allah untuk menjadi modal kita bila menghadap Allah pada hSaya menyeru kepada semua pihak khususnya umat Islam supaya menghadirkan diri dalam Himpunan RUU355, satu agenda untuk meninggikan kedudukan agama Islam yang telah disebut dalam perlembagaan adalah Agama Persekutuan.Ini adalah jasa generasi awal yang telah berjaya meletakkan Islam dalam perlembagaan. Adapun mengisinya adalah tanggungjawab kita generasi yang kemudian membetulkan kedudukan dalam perlembagaan yang telah meletakkan agama di bawah agama bidang kuasa negeri.

Namun kedudukan kuasa mahkhamah syariah yang paling tinggi dibawah bidang kuasa negeri adalah lebih rendah dari mahkhamah majistret yang paling rendah di daerah masing-masing. Adalah malang bagi umat Islam membiarkan kedudukan agama mereka begitu rupa, ditinggalkan oleh penjajah.

Setelah kita mencapai kemerdekaan, lebih setengah abad, sudah tiba masanya kita, menunaikan tanggungjawab orang Islam, untuk meninggikan agama mereka sendiri yang menjadi rahmat kepada seluruh alam khususnya kedudukan masyarakat majmuk, yang tidak mampu diselesaikan oleh segala undang-undang, teori dan ideologi yang lain. Walaupun syariat Islam tidak memaksa kalangan bukan Islam, tetapi perlu ditunjukkan model betapa Islam rahmat kepada seluruh alam.

355 adalah membolehkan bagaimana proses kehakiman Islam dapat ditunjuk keadilannya, kemurniaanya, dan masa yang sama memperkenalkan betapa undang-undang Islam bersikap mendidik, bukan mendera pelaku-pelaku jenayah. Mendidik kepada yang melakukan jenayah supaya kembali ke pangkal jalan, mendidik yang bakal melakukan jenayah tidak melakukan jenayah.

Ini adalah kewajipan kita semua seluruh rakyat khususnya orang Islam dalam menunaikan kewajipan menyuruh kebaikan yang baik dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.Itulah seruan saya.

Saya tegaskan lagi, marilah kita hadir beramai-ramai ke himpunan 18 Februari ni. Himpunan penting bagi umat Islam seluruhnya.Mudah-mudahan kita disaksikan oleh mahkhluk Allah untuk menjadi modal kita bila menghadap Allah pada hari kiamat.

Sekian

وبالله التوفيق و الهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"

1. Facebook : fb.com/Himpunan355
4. Telegram : tlgrm.me/Himpunan355

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post