Tips Power Bisnes Online Di Facebook



Tips Untuk Berjaya Bisnes Online:


1. Ramaikan kawan dalam Facebook. Kena setting biar orang lain boleh follow Facebook kita jika list friends FB kita dah limit 5,000 orang. 

2. Setting Public untuk semua posting di wall Facebook kita.

3. Cuba branding diri sendiri, seperti memberi kata-kata positif kepada kawan dan followers Facebook kita.


  • Ucap salam setiap pagi dan malam, bagi yang baru meniaga online, supaya orang lain sedar kewujudan anda di Facebook.
  • Kongsikan sesuatu yang menarik dekat wall Facebook anda untuk menarik minat orang ramai menambah ilmu yang anda kongsikan itu dan seterusnya mereka akan berkongsi posting anda itu dekat wall Facebook mereka.

4. Jangan segan dan takut untuk mengiklan. Berkongsi segala kebaikan yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Jangan sebar fitnah. Klik dengan bijak.

5. Post iklan anda pada waktu traffic tinggi

  • Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login dan baca post baru)
  • Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (pengguna akan akses FB di tempat kerja)
  • Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu makan tengahari, mereka layan FB)
  • Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (mereka akan layan sekejap sebelum sambung kerja)
  • Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu sebelum balik kerja)
  • Lepas Isyak : 9.00pm - 12.00am (waktu istirehat)


Waktu Post Status Paling Sesuai :
  • 10 pagi
  • 12 tengah hari
  • 3 petang
  • 5 petang
  • 9 malam
  • 10 malam

6. Join group iklan terbesar. Iklankan di sana paling kurang 10 posting sehari.

7. Mulakan menjual barang yang laku keras yang menjadi viral terkini. Agar mudah dan cepat anda pusing modal.

8. Kongsi testimoni pembeli untuk yakinkan pembeli lain.

9. Buat secara berterusan semua di atas, anda pasti berjaya.

10. Jangan fikir apa orang akan cakap yang negatif pasal kita. 




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post