Bahaya MILO Bagi Anak Bawah Usia 7 Tahun



Anak kahak bila minum Milo? 
Anak sembelit bila minum Milo? 
Anak tantrum bila minum Milo?

Please check the ingredients : Ada Maltodextrin

Maltodextrin bukan sahaja tidak bagus kepada anak, ia tidak bagus untuk semua peringkat usia. Ia diperbuat daripada sirap jagung. Jagung pula sumbernya GMO.

Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi di proses terlebih dahulu.

Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah sebahagian besar produk Kellog’s, sebahagian besar produk Heinz, sebahagian produk Kraft, sebahagian produk cokelat Hershey’s, ais krim, Pepsi, Coca-Cola, Sprite, A&W, produk minuman Capri-Sun, emping jagung, minuman berkarbonat, minuman jus, campuran coklat, produk susu formula, jem, sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram, minuman kopi segera, roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin, ubat batuk, ubat batuk Vicks, yogurt, sup Campbells, dan banyak lagi.

Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.


Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Sebagai contoh, setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.



Berhati-hati ketika membeli produk makanan. Sila teliti isi kandungan produk.Kebanyakan produk penambah selera makan mengandungi maltodextrin.

Info tambahan, Malt Extract atau Ekstrak Malt adalah berbeza dengan Maltodextrin.



DK

Post a Comment

Previous Post Next Post