Masa kini, microwave merupakan antara kelengkapan dapur yang wajib dimiliki hampir setiap rumah. Selain memudahkan, banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya microwave.
Saya baru-baru ini mencuba teknik mudah yang diajar oleh rakan saya. Menggoreng keropok ikan dan ikan bilis hanya dengan 1 minit di microwave! Saya terkagum. Selama ini, saya hanya tahu penggunaan microwave hanya setakat untuk memanaskan makanan dan mencairkan bahan mentah yang baru dikeluarkan dari peti sejuk beku. Macam-macam teknologi zaman sekarang kan?
Namun begitu, akibat terlalu bergantung dengan microwave, sedikit pun tidak saya sedari bahawa microwave merupakan pembunuh senyap.
Bagaikan gunting dalam lipatan. Tampak memberi seribu kebaikan pada kita, tetapi hakikatnya ia turut memberi mudarat pada kita. Ketahui fakta mengejutkan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Microwave: Si Pembunuh Senyap. 12 Fakta Memeranjatkan Patut Anda Tahu
Microwave menggunakan sumber tenaga elektromagnet untuk memanaskan molekul air dalam makanan. Dengan cara ini, suhu molekul tersebut meningkat secara mendadak hingga menyebabkan makanan boleh dipanaskan.
Namun begitu, microwave bukan sahaja berkait rapat dengan kemandulan lelaki, ia juga menyebabkan kehilangan pelbagai protein dalam makanan hingga menyebabkan makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan baik dalam perut.
Cuba fikirkan pelbagai makanan segera yang dijual di pasaraya masa kini? Nasi berlauk daging merah pun boleh dijual dalam paket! Lengkap dimasak hanya perlu dimasukkan ke dalam microwave sahaja untuk dipanaskan.
Hanya dengan alasan tidak mempunyai masa dan malas, menyebabkan kita dan keluarga kita memakanan makanan yang tiada nutrisi selama ini. Tidak hairanlah pelbagai masalah kesihatan semakin meningkat menimpa ramai orang hari ini.
Dari sudut sains, microwave membebaskan besi dan pelbagai lagi bahan radikal bebas yang boleh membunuh virus dan bakteria tetapi tidak boleh membunuh bahan toksin dan mikrotoksin. Para saintis merumuskan bahawa, makanan yang dimasak menggunakan microwave kehilangan sebanyak 60% hingga 90% jumlah tenaga serta mengubah struktur asal nutrien di dalamnya hingga boleh menyebabkan penyakit dan masalah penghadaman pemakannya. Microwave juga didapati boleh meningkatkan jumlah sel kanser dalam darah, perut dan usus.
Microwave juga berhadapan dengan isu kebocoran radiasi yang serius. Radiasi dari microwave sangat dikenali dalam menyebabkan penyakit katarak, masalah kelahiran bayi tidak normal, kanser dan pelbagai lagi penyakit yang serius. Disebabkan itu, microwave pernah diharamkan oleh Soviet Union pada tahun 1976. Saintis Soviet berpendapat bahawa, makanan yang terdedah pada microwave mengurangkan keupayaan vitamin dalam makanan tersebut untuk diserap oleh badan.
Tiada lansung sebarang atom, molekul atau sel dari sistem bahan organik yang mampu bertahan dengan gelombang tenaga dari microwave – walapun anda memanaskan makanan hanya 10 saat. Microwave memusnahkan molekul vitamin dan phytonutrients yang biasanya dijumpa secara semulajadi di dalam makanan dengan serta merta!
Kesan Buruk Penggunaan Microwave
Berikut merupakan kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Rusia baru-baru ini:
Daging yang disediakan menggunakan microwave boleh menyebabkan masalah penghadaman pada pemakanan disebabkan terbentuknya karsinogen akibat terdedahnya pada gelombang elektromagnet.
Susu dan bijirin yang dipanaskan menggunakan microwave boleh menukarkan asid amino didalamnya kepada karsinogen – antara bahan penyebab kanser.
Buahan yang disejukbeku kemudian dipanaskan ke dalam microwave boleh mengubah kandungan glukosida dan galaktosidanya kepada bahan karsinogen.
Pengurangan kandungan vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, zat-zat mineral dan lipotropics dalam makanan.
Khasiat dalam sayuran dan buahan termusnah serta merta apabila dipanaskan menggunakan microwave.
Menurut pakar perubatan, berikut merupakan kesan microwave terhadap kesihatan kita:
- Kurangnya keupayaan daya ketahanan tubuh untuk menghalang sel kanser dari menyerang.
- Peningkatan kadar pembentukan sel kanser di dalam darah.
- Meningkatnya kadar kanser perut, usus serta masalah penghadaman.
Penurunan Kualiti Makanan
Makanan yang terdedah pada microwave boleh menyebabkan penurunan tahap kualiti makanan yang signifikan. Di bawah merupakan kesan pengunaan microwave pada makanan.
1. Penurunan bioavailability (keupayaan badan untuk memanfaatkan nutrien dalam makanan) vitamin B-complex, Vitamin C, vitamin E, zat dan mineral serta lipotropics dalam semua makanan.
2. Kehilangan 60-90% medan tenaga terpenting (vital energy field) yang terkandung dalam makanan.
3. Terhapusnya kualiti dan tahap nutrisi nucleoproteins dalam daging.
4. Struktur asal molekul dalam makanan berpecah secara mendadak.
Bagaimana Memanaskan Makanan Anda Dengan Cara Sihat
Perlunya anda tahu, setiap kali anda memanaskan suatu makanan, nilai nutrisi dan zat dalam makanan tersebut turut berkurang. Namun begitu, memanaskan makanan dalam kuali besi (cast iron pan) menggunakan dapur gas merupakan cara alternatif paling menyihatkan. Tampak ketinggalan zaman dan menyusahkan tetapi lebih baik berbanding menggunakan microwave.
Kurangkan penggunaan microwave – hanya guna apabila anda benar-benar terpaksa. Usahakan sekurang-kurangnya separuh dari pemakanan anda disediakan dari bahan mentah yang tidak disejukbekukan. Kedengaran sukar, tetapi ia merupakan langkah yang besar dalam memastikan anda mendapat kualiti makanan yang terbaik.
Ibu saya sering berkata pada saya, “makanan yang berpaket atau terpaksa dipanaskan sebelum dimakan, berkebarangkalian yang tinggi mempunyai kadar nutrisi yang sangat sedikit”. Beliau tidak suka kami memilih memakan makanan yang sudah diproses. Oleh itu, pilih makanan yang sebaiknya untuk keluarga anda dan usahakan untuk makan di rumah. Kebersihan tidak diragui, kandungan zat dan nutrisi dijamin.
Semoga bermanfaat.