Review Buku : Mengenal Diri dan Wali Allah

Buku ini, sebuah pena Al-Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) adalah sebuah buku ilmiah yang pertama kali mengupas hakikat tasauf dengan cara mendalam yang belum pernah wujud di alam persuratan Melayu hari ini. Buku ini ternyata mendapat sambutan hangat dari masyarakat pembaca sekalian sejak ianya diterbitkan (dalam edisi Jawi dan Rumi) hingga ke hari ini.

Untuk memenuhi hajat pembaca sekalian, kini kami terbitkan pula dalam edisi Rumi agar tersebar lebih luas dan menyeluruh. 

Dalam edisi Rumi ini pengarang telah membuat sedikit pembetulan dan tambahan yang tidak begitu menjejaskan dari edisi Jawinya.

Buku ini menjelaskan kekeliruan-kekeliruan kebanyakan orang ramai khususnya kaum intelek tentang hakikat ilmu tasauf sehingga menyebabkan timbulnya tuduhan-tuduhan fitnah terhadap kaum sufi sejak dahulu sampai sekarang.

Buku ini lahir sebagai menyahut cabaran zaman - Mengapa dunia penuh dengan angkara ancaman terhadap umat manusia? Tuan-tuan sila cari sendiri apakah sebab musababbnya! Tuan-tuan akan bertemu jawapannya bila membaca buku ini.


Alhamdulillah. Saya juga telah di beri kesempatan untuk membaca buku ini. Sebenarnya, saya mendapat hadiah buku ini dari seorang sahabat saya yang mana beliau seorang ahli Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah. Saya kenal beliau semasa beliau selalu mengunjungi ke Melawi Gym. Saya juga telah diperkenalkan oleh kawan saya itu untuk pergi berjumpa dengan pengarang buku ini di Kota Bharu.

Buku tersebut dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd dan merupakan cetakan yang ketiga puluh (30), tahun 2012. Berharga RM8.50 sahaja.

Syukur kepada Allah, semasa pergi berjumpa dengan Ustaz Mustapha pengarang buku ini, saya terus mengambil sanad zikir Tareqat Ahmadiah ini. Zikir tareqat ini mengambil masa yang panjang juga untuk di habiskan iaitu antara 40 minit hingga 1 jam. Ianya bergantung pada kelancaran bacaan seseorang. Apa yang nak di tekankan di sini bukanlah kelancaran sahaja, tetapi rasa nikmat dan khusyuk berzikir dengan amalan tareqat itu juga perlu di perhalusi. Perlu diamalkan pada waktu siang dan malam. Dicadangkan selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Masa lepas solat Asar itu diluaskan hingga pukul 12 malam dan masa lepas solat Subuh itu diluaskan hingga pukul 12 tengah hari.  

Sudah lama buku ini saya tidak baca. Dalam dua tiga hari lepas, saya cuba membacanya semula. Insya Allah, saya akan cuba buat kesimpulan selepas ini untuk perkongsian kepada anda semua.


Inilah wajah dan susuk tubuh Ustaz Mustapha. Saya hadir ke rumahnya semasa beliau sedang sakit. 

DK

4 Comments

  1. Buku tu ambo belum baca datosir

    ReplyDelete
  2. Buku tu ambo belum baca datosir

    ReplyDelete
  3. rasanya ada di kedai buku agama seperti jaafar rawas di kota bharu dan càwangan nya di tunjong. boleh tuan google kot2 ada yg jual secarra online. tuan husmad kna baca tu. rugi x baca. hehee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post