Selawat Taisir (Memudahkan)

Selawat Taisir adalah suatu selawat yang bermanfaat  untuk mempermudah segala sesuatu yang sulit. 

Sesuai namanya, Taisir yang bererti memudahkan. Selain mendapat pahala bagi pembacanya mempunyai juga keajaiban yang sangat menakjubkan sekali baik disedari ataupun tidak disedari. 

Selawat Taisir banyak digunakan sebagai wasilah untuk membuka atau memecahkan segala sesuatu yang sulit-sulit atau rumit-rumit.



Adapun kejaiban dari selawat tersebut mempunyai aura yang sangat hebat sehingga dapat berfungsi untuk membuka hijab yang sangat sulit untuk ditembus.

بِسْـــمِ للهِ الرَّحْمٰـنِ الـرَّحِـيْمِ 
اَللّٰـهُـمَّ صَلِّ عَـلٰى سَيِّـدِنَا مُحَمَّـدٍ وَعَـلٰى اٰلِ سَيِّــدِنَا مُحَمَّدٍ ، صَـلَاةً تَفْـتَحُ لِي بِـهَـا بَابَ الـرِّضَا وَالتَّيْـسِيْـرِ، وَتَغْـلِـقُ بِهَا عَـنِّى بَـابَ الشَّـرِّ وَالتَّعْسِـيْرِ، وَتَـكُـوْنُ لِى بِـهَا وَلِيًّـا وَّ نَصِـيْـرًا ، يَانِـعْمَ الْمَـوْلٰى 
وَ يَا نِـعْمَ النَّـصِيْرُ. وَعَطِـفْ قُلُـوْبَ الْـعَالَمِيْنَ بِـاَسْـرِهِـمْ عَلَيَّ وَاَلْبِسْـنِيْ قَـبُـوْلاً بِشَـلْـمَهَـتْ.


Ertinya :


Ya Allah, berikanlah selawat kepada junjungan kita sayyidina Muhammad SAW. dan untuk keluarga sayyidina Muhammad SAW, yang dengan selawat itu Engkau membukakan kepada saya dengannya pintu keredhaan dan kemudahan, dan Engkau tutup dengannya untuk saya pintu kemaksiatan dan kesukaran/kesusahan, dan Engkau jadikan/mengadakan kepada saya dengannya pelindungan dan pertolongan, Yang (Dia Allah) sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong, dan lembutkanlah seluruh hati manusia kepada saya dan serta kabulkanlah permohonanku.

Bagi para auliya Allah dan para ulama yang mengetahui ke hebatan Selawat Taisir ini baynak sekali faedahnya untuk beberapa kepentingan di antaranya Insya Allah :
  • Untuk kelancaran rezeki
  • Untuk mempermudah permohonan pekerjaan
  • Sesuai bagi penjual agar jualannya cepat laris
  • Sesuai untuk ahli pejabat agar disegani dan dihormati
  • Sesuai untuk orang bawahan agar di sayangi
  • Sesuai bagi para guru agar pelajarnya ramai banyak dan mengikut arahannya

Bacalah selawat ini dengan istiqomah (terus-menerus) selepas solat fardhu  7 kali dan di luar waktu solat sebanyak 111 kali, siang atau malam, yang penting dalam satu hari satu malam itu mencapai jumlah bacaannya mencapai 146 x 3 dalam masa 24 jam. 


DK

Post a Comment

Previous Post Next Post