Maulidur Rasul :
Pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan sambutan hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad Sollahu 'Alaihi Wasallam.
Sejarah :
Pendapat yang masyhur mengatakan bahawa golongan Ubaidiyyunlah yang mula-mula memulakan sambutan Maulid. Ubaidiyyuun adalah pengikut Ubaidillah al-Qaddah, yang selepas itu masyhur dengan panggilan al-Ubaidiyyun. As-Suyuti dalam Husnul Maqsud Fi Amal Al Maulid menegaskan: "Orang yang pertama kali mengadakan peringatan hari Maulid Nabi adalah penduduk Irbal, Raja Agung Abu Sa'id Kau Kaburi bin Zainuddin Ali bin Bakitkin, seorang raja negeri Amjad.
Manakala Syeikh Muhammad bin Abu Ibrahim berpendapat bahawa maulid di mulakan oleh Abu Said Kau Kaburi, katanya: "Bid'ah peringatan Maulid Nabi ini, ianya pertama kali diadakan oleh Abu Sa'id Kau Kaburi pada abad ke-6 H. Syeikh Hamud Tuwaijiri pula berpendapat bahawa: "Upacara peringatan maulid adalah bid'ah dalam Islam yang diadakan oleh Sultan Irbal pada akhir abad ke-6H atau pada awal abad ke-7H". Jika di perhalusi dari fakta sejarah, golongan Al-Ubaidiyyun memasuki Mesir pada tahun 362H dan raja terakhirnya Al-Adhid meninggal tahun 567H, sedangkan penguasa Irbal dilahirkan 549H dan meninggal 630H, ini menjadi bukti bahawa kelompok Ubadiyyun lebih dahulu daripada penguasa Irbal iaitu Al Malik Al Mudza’ar dalam mengadakan upacara peringatan maulid Nabi. Mungkin tidak tepat jika dikatakan bahawa penguasa Irbal adalah orang yang pertama yang mengadakan Maulid Nabi di Maushil, seperti yang dijelaskan dalam buku-buku sejarah.
Perayaan :
Perayaan :
Di Malaysia 12 Rabi'ul Awwal diisytiharkan sebagai hari Cuti Umum. Kalau di negara-negara umat Islam di Asi Tenggara, hari ini diingati sebagai hari yang bersejarah dan disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Mereka akan mengadakan upacara sambutan secara besar-besaran untuk menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Junjugan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Banyaklah kenduri-kenduri kecil diadakan. Sahabat dan jiran tetangga dijemput untuk meraikannya. Akhir-akhir ini upacara menyambut kedatangan tarikh bersejarah ini diadakan oleh pemerintah di hampir setiap negeri.
Sesudah itu, sebagai acara kemuncaknya akan di baca selawat, yang memuji-muji akan Rasulullah Sollahu 'Alaihi Wasallam. Kebiasaannya teks selawat maulidurrasul akan kedengaran sama sahaja walau di mana-mana tempat, cuma dilagukan dengan gaya masing-masing. Dalam masyarakat melayu di Malaysia, meraikan Hari Maulidur Rasul mestilah disertai bersama jamuan makan yang enak-enak dan melagukan sajak yang disebut sebagai selawat.
Ketika lagu selawat dialunkan beramai-ramai sambil berdiri, bunga rampai diarak kepada semua tetamu untuk diambil sedikit. Bunga rampai merupakan bau-bauan yang hanya dibuat ketika majlis maulid sahaja. Selawat ini mengikut catatan sejarah ibnu Hisyam, asalnya bermula dinasyidkan oleh orang Ansar yang berada di Madinah ketika menyambut ketibaan rombongan Nabi Muhammad Sollahu 'Alaihi Wasallam bersama golongan Muhajirin dari Mekah. Teks selawat yang di alunkan adalah sebagaimana di bawah.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah Ke Atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat Allah Ke Atas Muhammad Dan Sejahteralah Baginda
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah Ke Atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat Allah Ke Atas Muhammad Dan Sejahteralah Baginda
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi Salam Atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, Salam Atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Kekasih, Salam Atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah Ke Atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan Purnama Menyinari Kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang Segala Cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah Menawan Tak Pernah Dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah Gembira Sepanjang Hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah Matahari, Kaulah Bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah Cahaya Mengatasi Cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah Rahsia Hidup Mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah Menyuluhi Jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai Kekasihku, Ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai Pendamping Indah Sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi Di Julang Di Puja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai Imam Dua Kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah Orang Memandang Wajah Mu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai Penghulu Keturunan Mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam Airmu Sejuk Jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi Kami Pada Hari Akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang Malam Unta Berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada Berhenti Rindukan Mu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau Dipayungi Awan Putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat Sama Berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah Mengetahui Rahsia Sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah Menyahut Semua Seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah Kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan Segala Amalan Soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah Ke Atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak Baris Kertas Di Tulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad Petunjuk Jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya Wajah Berseri Menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah Ke Atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat Allah Ke Atas Muhammad Dan Sejahteralah Baginda
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah Ke Atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat Allah Ke Atas Muhammad Dan Sejahteralah Baginda
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, Selawat Dan Salam Dan Keberkatan Atasnya