Kekuasaan Allah Pada Kejadian Banjir Di Dabong

Bencana banjir telah melanda beberapa negeri di Malaysia pada bulan Disember 2014 yang  lepas. Negeri Kelantan juga tidak terlepas dari bencana ini. Malah dikatakan kali ini adalah banjir yang paling teruk. Sebagai orang Islam, sesungguhnya banjir yang melanda itu adalah suatu bala dan ujian dari Allah jua. Allah mahu menyedarkan kepada  kita tentang kekuasaan-Nya.

Nukilan sahabat saya dari Machang.


Sahabat- sahabat.

Saya nak kongsikan sedikit cerita tentang pengalaman menghantar bantuan ke tempat mangsa-mangsa banjir kelmarin (Sabtu 3/1/2015).

Saya bersama-sama sahabat dari Terengganu yang membawa 1 lori yang penuh dengan bekalan barang-barang pergi ke Dabong untuk menghantar bantuan ke sebuah pondok yang ada di situ. Kami memilih lokasi tersebut kerana mendapat maklumat dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Nazri yang menguruskan rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz, bahawa ada satu pondok di pedalaman yang terlibat dengan banjir dan mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dari jalan besar.

Kedudukan pondok tersebut adalah di tepi sungai. Kami mengagak kemungkinan kemusnahan yang teruk di alami oleh pondok itu. Kami tidak dapat maklumat lebih lanjut dan tidak dapat berhubung dengan orang-orang kawasan itu.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat lain di Machang yang sudi menghulur bantuan untuk mendapatkan bekalan tambahan dan mengisi barang-barang ke atas lori sebelum kami bertolak pergi.

Dalam banyak-banyak tempat yang saya pergi untuk menghulurkan bantuan, kali ini pengalaman agak luar biasa kerana segala-galanya bermula dari awal-awal sewaktu kami nak bertolak ke sana telah di permudahkan Allah. Ini sangat berbeza dengan pengalaman saya membantu mangsa-mangsa di tempat lain.

Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yang kami nak tuju itu, tetapi kami seolah-olah di pimpin untuk sampai ke sana, setelah bertanya kepada beberapa orang.

Pondok yang kami tujui itu diberi nama Madrasatul Tarbiah Al-Aulad. Pondok itu berada di Kampung Sungai Kenerong, Stong, Dabong. Inanya di uruskan oleh seorang Ustaz Mohd Samsuddin Bin Dollah yang di panggil Pak Teh Din.

Setelah masuk ke kawasan Dabong, kami melihat kemusnahan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Apabila masuk ke jalan kecil untuk menuju ke Madrasah Tarbiah Al-Aulad itu, saya membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok itu di tepi sungai.

Madrasah Tarbiyah Al-Aulad ini berada di laluan air utama, di bawah stesen hidro TNB Sungai Kenerong, Stong, Dabong. Apabila stesen hidro itu melepaskan air, dalam keadaan air yang sudah begitu banyak, maka terjadilah gelombang raksaksa yang begitu deras merempuh kawasan pondok tersebut.

"Jadi masa masa 'palo air' (kepala air) turun dari bukit ke sini, dengan lajunya dan dengan tingginya serta dengan arus yang ganas menggila, segala-gala yang ada di sekitar kawasan ini di rempuh dengan begitu kuat." cerita Pak Teh Din yang merupakan pemilik pondok ini sendiri.

Mereka yang berada dalam pondok ini terlalu takut melihat keadaan demikian. Pak Teh Din sendiri tidak pernah melihat keadaan sebegini dalam seumur hidupnya.

Maka mereka menunaikan solat di pondok yang sedang teruk di hempap air itu lalu berdoa.

(Saya coretkan sebahagiannya sahaja).

"Ya Allah Ya Tuhan ku. Sesungguhnya aku ini berada dalam rumah-Mu. Aku mengajar dan menyebar agama-Mu di sini. Mereka yang ada di sini adalah orang-orang yang belajar ilmu-Mu. Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada, yag kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba-Mu yang bersedekah di jalan--Mu. Kami semua adalah hamba-Mu yang lema. SesungguhNya air hujan itu juga hamba-Mu, dan air sungai itu juga hamba-Mu. Maka Engkau arahkanlah mereka itu ke tempat lain dengan kudrat-Mu."

(Kemudian Pak Teh Din membaca beberapa potong ayat lalu di aminkan doa tersebut).

Di sinilah Allah menunjukkan kekuasaan-Nya! Aliran arus air yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu beralih dan mengalir ke arah yang lain. Allahu Akbar!

Akhirnya kawasan pondok-pondok itu mengalami kerosakan yang sangat sedikit berbanding keadaan air yang merempuh kawasan sekitarnya.

(Semasa kami di sana, kami lihat sendiri arus sungai terlalu deras walaupun air sudah agak cetek).

Inilah yang saya dan sahabat-sahabat maksudkan adanya berlaku keajaiban di tempat itu.

Satu lagi saya ingin sebutkan, kawasan persekitaran pondok ini sangat cantik. Kami rasakan satu ketenangan yang luar biasa sepanjang berada di sana.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Pak Teh ada menanam pohon-pohon pisang beberapa ekar untuk di jual bagi menampung ekonomi pondok. Dengan kekuasaan Allah juga, tiada satu pun pohon2-pohon pisangnya tumbang atau mati. Masya Allah!




Madrasah Tarbiah Al-Aulad (Pondok Sungai Kenerong)
Sungai Kenerong, Kampung Stong
18200 Dabong, Kelantan

Untuk Menderma :

Nombor Akaun BIMB (Bank Islam) : 03072010126195 - Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong

Sebarang Pertanyaan : 017-9635644 (Mohd Samsuddin Bin Dollah - Pengerusi)
















Sumber gambar : Yusran Yusof

Lihat juga Senarai Pondok Kelantan

DK

2 Comments

Previous Post Next Post