Lata Mangeshkar : Sekuntum Mawar Merah



Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu.


Tidak ramai yang menyedari perkara ini tetapi ia adalah benar.


Penyanyi yang digelar sebagai wanita bersuara emas itu, menyanyikan lagu dan lirik hasil ciptaan Rhoma Irama dan Eddy Milfaris.


Lagu yang mengisahkan pemberian sekuntum mawar merah daripada seorang lelaki kepada wanita itu tersebar kembali di laman sosial Facebook hari ini apbila ada pihak mempersoalkan adakah Lata Mangeshkar pernah menyanyikan lagu Melayu.



Sesekali mendengar nyanyian lagu yang begitu asyik iramanya ini memang mengusik kenangan-kenangan lama dan menjadi nostalgia pada orang-orang lama. Orang muda jarang sekali menyukai lagu-lagu lama.


Sekuntum Mawar Merah
Yang Kau Berikan Kepadaku
Di Malam Itu
Ku Mengerti Apa Maksudmu
Sampai Kini Ku Simpan
Bunga Pemberian Darimu
Bila Ku Lihat
Ku Terkenang Pada Dirimu
Bunga Mawar Merah Suatu Tanda Cinta
Yang Bererti Bahwa Kau Cinta Padaku
Dengan Senang Hati Ku Terima Cintamu
Kerana Aku Juga Cinta Kepadamu
Oh Bahagia, Dua Hati Telah Berpadu

Rupa-rupanya bukan itu sahaja lagu Melayu yang di nyanyikan Lata Mangeshkar malahan ada juga lagu duet yang di nyanyikan beliau bersama Rhoma Irama.

DK

4 Comments

  1. pernah dengar lagu ni tapi tak tau pula Lata yang nyanyi

    ReplyDelete
  2. @khairie - ya. sekarang sudah tahu la kan. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Semua berita yang ada di website anda sangat menarik perhatian untuk di simak, salam sehat. . . !! Semoga beritanya dapat bermanfaat! share ya gan, thanks nih!!

    ReplyDelete
  4. Benaran ni penyanyinya lata mangheskar ? Sama lagu hai orang itu denga penyanyi yang sama?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post