Jana Pendapatan Dengan Android Apps




Adakah anda salah seorang pengguna Android? Berikutan daripada perkembangan pesat yang ditunjukkan oleh platform sandaran yang menggunakan peranti Android, ia telah menguasai pasaran terbuka dengan bilangan penggunanya sudah mencecah berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Tetapi, adakah anda sebagai pengguna Android sedar bahawa peranti anda sebenarnya boleh membawa ‘tuah’?

Realitinya, sistem operasi (OS) Android mulai mendapat tempat di samping penjualan perantinya (tablet dan telefon pintar) semakin digemari pengguna pada harga yang berpatutan. Apa tunggu lagi, manfaatkan peluang daripada perkembangan positif ini dengan idea penerbitan yang mengagumkan.

Bukan semua pengguna Android sedar bahawa peranti mereka sebenarnya memiliki rahsia untuk menambah pendapatan. Berikut adalah idea penerbitan internet dengan idea membangunkan aplikasi Android seterusnya mengalirkan wang ke poket anda. Tiada salahnya malah menguntungkan jika anda terbitkan sesuatu aplikasi yang mampu menjana pendapatan tambahan anda tanpa sedar.

Guna Aplikasi Android

Untuk membangunkan aplikasi untuk Android, ia cukup mudah berbanding sistem operasi lain dengan perangkaan untuk pasaran membangun yang lebih meluas. Pembangun aplikasi juga boleh mendapatkan segala dokumentasi tentang ciri-ciri platform utama yang boleh diterokai dengan melayari laman web pembangun Android. Segala rangka kerja untuk membina aplikasi, alat untuk membangun, pengujian aplikasi dan bagaimana untuk menerbitkan perisian untuk platform Android turut diberikan bagi memudahkan pembangun.

Oleh sebab itu, Android telah mencapai jutaan aplikasi dalam pasaran Google Play Store, yang menjadi platform muat turun aplikasi penggunanya. Bagaimanakah pula untuk buat duit?

Langkah pertamanya ialah anda perlu mengemukakan permohonan untuk menjual aplikasi anda melalui Google Play Store di laman web khususnya http://developer.android.com. Sesiapa sahaja daripada kalangan pembangun aplikasi boleh melakukannya tetapi mesti memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google sendiri.

Aplikasi yang bersandarkan platform Android sebenarnya tidak sesukar mana untuk dibangunkan kerana ia juga boleh menggunakan Java. Apa yang penting, anda perlu membuat penyelidikan berkenaan minat dan analisis tentang rekod muat turun popular serta versi platform Android yang mana paling banyak digunakan pengguna bagi memastikan aplikasi anda menepati ciri-ciri tersebut.

Beberapa tip buat aplikasi anda ‘bertuah’

1. Jual iklan dalam aplikasi

Alternatif popular bagi pembangun aplikasi adalah turut menjual iklan di dalamnya sekali seperti melalui AdMob. Setiap kali seseorang klik pada salah satu iklan, anda akan dibayar.

Sesetengah daripada pembangun telah terbukti menerima pulangan yang lebih daripada penjualan iklan melalui cara ini berbanding bayaran aplikasi itu sendiri. Ini dapat mengurangkan kerunsingan berkenaan pulangan kos anda di mana melalui pasaran Android, anda dapat memohon dan menerima bayaran balik dalam tempoh 24 jam selepas pembelian. 

2. Menjual Penyesuaian (Customize)

Strategi penting bagi memastikan aplikasi anda buat duit secara maksimum. Aplikasi asas adalah percuma, tetapi bagi mereka yang ingin benar-benar masuk ke dalamnya, berikan pengguna melakukan pembelian untuk yang membuat memberikan pengalaman yang lebih baik ketika menggunakan aplikasi tersebut. 

3. Kandungan aplikasi berbayar

Anda perlu menyediakan tapak aplikasi yang percuma kukuh bagi meyakinkan pengguna berkenaan kandungan aplikasi anda. Bagi pemuzik atau pun penulis bebas boleh menggunakan strategi ini. Selain itu, pembangun biasa yang mahu menjual sama ada seperti kesan bunyi (sound effect) atau pun karya-karya tulisan (pastikan bukan yang di ciplak) juga pasti punyai peluang. Ia bergantung sama ada keuntungan secara langsung atau pun melalui kaedah kerjasama. Kenakan bayaran untuk setiap muat turun.

4. Jual Plug-in

Realitinya, Android tidak mempunyai binaan ‘plug-in’ secara rasmi. Tetapi, sesetengah pembangun lebih selesa dengan cara binaan aplikasi dengan cara Java, iaitu dengan memanfaatkan pemuat kelas khusus untuk mengakses fail JAR tempatan. Jika anda mendapat satu rangka kerja untuk bekerja dengan kod anda, anda mempunyai pilihan untuk menjual plug-in bagi aplikasi percuma.

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post