Anas bin Malik RA berkata: “Sewaktu kami bersama-sama
Rasulullah SAW berada di Tabuk, terbitlah matahari yang mana cahayanya belum
pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Tetapi pada suatu hari lain, matahari
terbit dalam keadaan redup dan di susuli dengan turunnya malaikat Jibril AS.
Melihat akan kedatangan Jibril AS, Rasulullah pun bertanya: “Wahai Jibril, kenapa
matahari hari ini terbit dalam keadaan redup?’
“Matahari hari ini nampak seperti redup kerana terlampau banyaknya sayap para
malaikat,” jelas Jibril AS kepada Rasulullah SAW.
“Apa halnya terjadi demikian?” tanya Rasulullah SAW.
Berkata Jibril: “Ini adalah kerana hari ini Muawiyah meninggal dunia di
Madinah. Allah SWT telah mengutus seramai 70,000 Malaikat supaya membaca Selawat untuk Muawiyah.”
“Apa sebabnya?” tanya Rasulullah.
“Ini adalah kerana Muawiyah itu semasa hidupnya selalu membaca ‘Qul HuwallahuAhad’ di waktu malam, di waktu siang, sewaktu berjalan, sewaktu berdiri,
sewaktu duduk, waktu pagi bahkan pada setiap keadaan, “ jelas Jibril.
Seterusnya Jibril AS. berkata: Ya Rasulullah, mahukah kamu, aku genggam bumi
ini supaya membaca Selawat untuk Muawiyah?”
“Silakan, wahai Jibril,” jawab Rasulullah SAW.
Setelah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Jibril pun memukul kedua
belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian di angkatnya
sehingga Rasulullah SAW dapat melihat di belakangnya di iringi oleh Malaikat
yang berbaris. Setiap satu barisan ada 70,000 Malaikat.
Setelah itu Rasulullah SAW pun mengerjakan solat sunat untuk Muawiyah.
Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk (mereput) di dalam kuburnya. Dan akan terselamat dia daripada kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian syiratul mustaqim menuju ke syurga.
LIHAT - Fadhilat Surah Al-Ikhlas