6 Bulan Berbuka, 6 Bulan Berpuasa Di Bulan Haram



Keutamaan Puasa Sunat Nabi Daud

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahawa Rasulullah SAW mengatakan padanya: 

Ertinya : 

Sebaik-baik solat di sisi Allah adalah solatnya Nabi Daud ‘alaihis salam. Sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Daud. Nabi Daud dahulu tidur di pertengahan malam dan beliau solat di sepertiga malamnya dan tidur lagi di seperenamnya. Adapun puasa Nabi Daud iaitu puasa sehari dan tidak berpuasa di hari berikutnya. (HR. Bukhari) 

Dalam Riwayat lain dikatakan: 

Ertinya : 

Tidak ada puasa yang lebih afdhol dari puasa Nabi Daud. Puasa Nabi Daud bererti sudah berpuasa separuh tahun kerana sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa. (HR. Bukhari dan Muslim) 

Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah berkata, “Hadis di atas secara tegas menunjukkan bahawa puasa Daud adalah sebaik-baiknya puasa. Bahkan puasa Nabi Daud lebih utama daripada puasa sepanjang tahun. Namun puasa Nabi Daud ini dilakukan oleh orang yang mampu dan tidak sampai melalaikan orang yang melakukan puasa ini dari perkara yang lebih penting. 

Dari 'Abdullah bin 'Amru r.a., ia berkata : 

Ertinya : 

Disampaikan khabar kepada Rasulullah saw. bahawa aku berkata; "Demi Allah, sungguh aku akan berpuasa sepanjang hari dan sungguh aku akan solat malam sepanjang hidupku." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya ('Abdullah bin 'Amru): "Benarkah kamu yang berkata; "Sungguh aku akan berpuasa sepanjang hari dan sungguh aku pasti akan solat malam sepanjang hidupku?". Kujawab; "Demi bapak dan ibuku sebagai tebusannya, sungguh aku memang telah mengatakannya". Maka Beliau berkata: "Sungguh kamu pasti tidak akan sanggup melaksanakannya. Akan tetapi berpuasalah dan berbukalah, soalat malam dan tidurlah dan berpuasalah selama tiga hari dalam setiap bulan karena setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa dan itu seperti puasa sepanjang tahun." Aku katakan; "Sungguh aku mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah". Beliau berkata: "Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah selama dua hari". Aku katakan lagi: "Sungguh aku mampu yang lebih dari itu". Beliau berkata: "Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah sehari, yang demikian itu adalah puasa Nabi Allah Daud 'alaihi salam yang merupakan puasa yang paling utama". Aku katakan lagi: "Sungguh aku mampu yang lebih dari itu". Maka beliau bersabda: "Tidak ada puasa yang lebih utama dari itu". (HR. Bukhari dan Muslim) 


DK

Post a Comment

Previous Post Next Post