Tahlil Makhsus Tareqat Ahmadiah



Amalan Tarekat Al-Ahmadiyyah

Perkara pertama yang di tekankan di dalam Tarekat Ahmadiyyah ialah "AURAD".

Buat para pembaca, aurad adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud wirid-wirid.Ianya adalah kata jamak atau di dalam Bahasa Inggeris dinamakan 'plural' kepada perkataan wirid.


Al-Tahlil Al Makhsus (التهليل)

Lafaznya ialah:-

لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

Ertinya:- 

Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah.


Video



Gambar Terpilih







Sebenarnya berdikir dengan kalimat “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu alaihi wa sallam” sudah diamalkan sebelum zaman Syaikh Ahmad ibn Idris. 

Telah di tulis oleh Syaikh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau: "Sesungguhnya, kami telah mengambil tarekat ini daripada guru kami Abdul Wahhab yang tersebut, dan dia telah mengambil dari Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam.Dan aku pernah mendengar dia berkata", “Aku telah mendengar Rasulullah Sallalaahu alaihi wa sallam berkata, “Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat daripada La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.” 

Tetapi Syaikh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam agar menambahkannya dengan kata-kata “fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah.” Ini menyebabkan dzikir itu bertambah berganda nilainya. 

Telah bercerita Syaikh Ahmad ibn Idris: Pada suatu ketika, telah berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam, “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah”. Telah aku simpan (yakni at-Tahlil al-Makhsus yang dikenal juga sebagai adh-Dhikr al-Makhsus) untukmu wahai Ahmad. Engkau tiada didahului oleh sesiapa pun kepadanya. Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya dapat mereka berlomba-lomba dengan orang-orang yang terdahulu (al-awa’il).” 

Syaikh Ahmad ibn Idris mengenai kelebihan at-Tahlil al-Makhsus : Andai kata ada seorang individu mengucapkan “La ilaha illallah muhammadur rasulullah” dari masa Saiyidina Àdam ‘alaihissalam hingga ke masa ditiupkan Sangka Kala, tapi ada seseorang yang membaca at-Tahlil al-Makhsus satu kali saja, niscaya pahalanya melebihi pembacaan yang satunya lagi itu. 



Sesungguhnya telah dijelaskan oleh Shaykh yang Kamil, orang yang ‘Alim lagi mengamalkan, Sayyidi Shaykh Ismail an-Nawab yang bermukim di Makkah al-Musharrafah, dari Gurunya Barakatul Wujud, Sayyidi Shaykh Ibrahim ar-Rasyid, dari Gurunya yang Agung, Sayyidina Shaykh Ahmad ibn Idris, bahwa beliau ditalqinkan oleh Nabi SAW sendiri aurad Thariqat Syadziliyyah, dan memberinya aurad yang tinggi nilainya serta Tareqat Suluk yang teristimewa (khusus).

Bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang sampai kepadamu (wasilahnya) maka ia tidak akan tersesat ke daerah yang lain atau kepada jaminan yang lain, tetapi akulah yang menjadi kekasihnya dan dia menjadi tanggunganku”.

Dikatakan pula oleh Syeikh Ahmad: “Kemudian aku menerima aurad tersebut langsung dari Rasulullah dengan tanpa perantara, sehingga aku talqinkan kepada para murid sebagaimana yang telah ditalqinkan kepadaku”. Pernah suatu kali Rasulullah bersabda kepada Syekh Ahmad: “Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah. Aku menyimpannya untukmu, wahai Ahmad. Tiada seorangpun yang dapat mendahului keutamaan engkau, wahai Ahmad. Ajarkan pada para pengikutmu, agar mereka menjadi orang pertama yang mengetahuinya”. 

Syekh Ahmad berkata: “Rasulullah membacakan untuk ku hizib-hizib dari lafazh beliau”. Sehingga, ulama’ pengikutnya merasa kesulitan pada suatu kalimat dalam hizib. Maka ia berkata, “Wahai saudara kami, demikianlah Rasulullah SAW mengucapkan kepadaku”. Para Guru Sufi mengatakan bahawa dasar Tareqat Syadzili dari Syekh Ahmad ibn Idris. Setiap aurad yang diambil dari beliau bererti berasal dari Nabi s.a.w.

Antara murid Ahmad ibn Idris yang termasyhur, Sayyidi Muhammad ibn Ali as-Sanusi dalam kitabnya Masyariqul Anwar menceritakan bahawa ia pernah ditanya, “Kepada siapa aurad ini di nisbahkan?” Beliau katakan bahawa setiap murid yang ditalqinkan oleh Syekh Ahmad ibn Idris pada awalnya, bererti ia di talqin oleh Nabi.

Apa yang terkandung dalam zikir ini mencakup segala zikir seluruh makhluk, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. Secercah benda cair mahupun padat, yang bernyawa atau tidak merupakan bahagian terkecil dari Ilmu-Nya, yang tak lepas dari pengamatan-Nya, kesemuanya terangkum dalam keluasan Ilmu Allah (Wasi’ahu ‘Ilmullaah).

Lazimilah membacanya sebanyak sekurang-kurangnya/minimum 4 Kali atau sebanyak-banyaknya di dalam hati walau diketika melakukan aktiviti. Insya Allah, banyak hikmah yang tidak terduga dari sisi Allah SWT buat yang ikhlas membacanya. Juga mendekatkan diri kepada peluang untuk bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW yang sangat di cintai. Bila? Jalankanlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jika tidak berjumpa? Pahala membacanya adalah besar dan banyak keberkatannya yang tidak diduga.

Tatacara amalan umumnya, boleh di baca sebegitu sahaja seusai solat fardhu atau sunat. Untuk amalan khususnya, maka harus menceburi Tareqat Muktabar al-Ahmadiah al-Idrisiah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyah.

DK

3 Comments

Previous Post Next Post