Agrobank Perkenal Skim Insurans OKU


Impian sejak sekian lama orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan manfaat skim perlindungan insurans bakal berakhir selepas Agrobank melancarkan produk perlindungan takaful khusus buat golongan tersebut.

Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad ­Zabidi Zainal berkata, produk perlindungan yang dikenali sebagai Agro Nurani itu menawarkan tiga jenis pelan dengan harga serendah RM55 setahun dan manfaat maksimum bernilai lebih RM42,000.

Menurut beliau, skim perlin­dungan tersebut ditawarkan kepada golongan OKU berusia 16 hingga 65 tahun dan pelbagai manfaat ditawarkan kepada mereka seperti perlindungan kematian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa, elaun tunai wad serta manfaat perbelanjaan pengebumian.

Katanya lagi, Agrobank merupakan agensi perbankan pertama di Malaysia yang memperkenalkan skim berkenaan akibat persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa OKU merupakan golongan berisiko tinggi.

“Sedar akan kepentingan hakikat tersebut, maka Agrobank de­ngan kerjasama strategik bersama Takaful Ikhlas tampil dengan pelancaran produk perlindungan khas OKU iaitu Agro Nurani. Istimewanya pakej Agro Nurani ditawarkan secara tahunan dan pelanggan hanya perlu membayar sekali dalam masa setahun. Kaedah ini dapat mengurangkan beban pelanggan,” katanya.

Selebriti terkenal, Ras Adiba Radzi yang juga merupakan OKU telah diberi penghormatan untuk menjadi pemegang kad Agro Nurani pertama.

Utusan Malaysia Online

DK

1 Comments

Previous Post Next Post