Debaran buat pemain bola sepak tempatan, Faiz Subri, berakhir dengan kegembiraan apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Puskas 2016.
Faiz Subri menjadi rakyat Malaysia pertama yang memegang trofi berprestij di anugerah FIFA.
Beliau memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016.
Bermula dengan ‘Assalammualaikum’, Faiz kelihatan sedikit gementar ketika memulakan ucapannya namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.
Tahniah buat Faiz Subri dan apa yang pasti, nama Faiz Subri dan gol magisnya akan dikenang satu dunia setanding dengan gol lagenda Roberto Carlos.
Anugerah Puskas diwujudkan pada tahun 2009 oleh Presiden Fifa ketika itu, Sepp Blatter untuk dianugerahkan kepada penjaring gol yang paling menarik bagi memperingati seorang daripada lagenda bola sepak dunia, pemain pada era 1950-an hingga 1960-an, Ferenc Puskas.
Antara pemenang anugerah PUSKAS ialah seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan Neymar antara pemenang sebelum ini.
Antara pemenang anugerah PUSKAS ialah seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan Neymar antara pemenang sebelum ini.
Puskas merupakan bekas pemain Hungary yang pernah mencipta rekod dunia selepas menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan antarabangsa selain membantu pasukan kebangsaannya muncul naib juara Piala Dunia 1954 di Switzerland dan juara Sukan Olimpik 1952 di Helsinki, Finland.
Jika anda menonton siaran langsung anugerah The Best FIFA pagi tadi, anda boleh tengok yang Faiz Subri sangat gementar bila ingin buat ucapan. Faiz mengambil masa yang lama untuk memberi ucapan selepas menerima plak trofi anugerah tersebut.
Para pemenang diwajibkan untuk memberi ucapan untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan pada siapa yang mengundi.
Akhirnya Faiz baca text menerusi telefon bimbitnya. Kepada sesiapa yang tak jelas apa yang Faiz ingin sampaikan, lihat di bawah ni; (Alih Bahasa)
Alhamdulillah, dengan keberkatan dari-Nya saya dapat merangkul anugerah FIFA Puskas ni, Jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada pada tahap di mana saya sekarang ini dan dapat berdiri di depan pemain-pemain bola sepak terbaik dunia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan pasukan, staff, PFAM, keluarga, rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Penang serta peminat bola sepak di dunia. Kepada FAM dan FMLLP: Saya terhutang budi kerana menghantar video gol saya untuk proses penilaian. Terima kasih semua. Malaysia Boleh, Haria Penang Haria
Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia), 9 Januari 2017.
Kejayaan meraih anugerah tersebut menggembirakan jutaan rakyat Malaysia, yang jauh beribu kilometer daripada suasana musim sejuk di bandar tasik Swiss itu.
Mohd Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
“Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.
Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.
Mohd Faiz, yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.
“Saya juga terhutang budi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), yang mencalonkan jaringan saya kepada Fifa untuk dinilai,” katanya.
Pemain dari Malaysia itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86 peratus undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus undi.
Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Fifa 2016.
Mohd Faiz merupakan ‘arkitek’ dan jaringannya disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.
Dalam pada itu, Mohd Faiz menganggap kemenangannya itu seperti mimpi menjadi kenyataan selain berasa sangat bertuah dapat bersama dengan pemain terkemuka dunia di Zurich.
Biarpun belum berpeluang menyarung jersi kebangsaan, beliau tetap berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Syukur saya menang, terima kasih kepada pengundi di Malaysia dan seluruh dunia yang memilih saya. Tidak lupa juga keluarga, jurulatih dan pasukan Pulau Pinang.
“Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin mustahil kerana saingan calon lain yang ternyata hebat,” kata Mohd Faiz kepada Bernama.
Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.
Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.
Mohd Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat sempena tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai kecemerlangan pada masa depan.
Sementara itu, isteri Mohd Faiz, Norzanis Hashim yang berada di Zurich memberitahu Bernama: “Walaupun saya tidak berada di dewan malam ini, namun sokongan dan doa sentiasa bersama Faiz.
“Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang, saya sangat bersyukur doa seluruh warga Malaysia buat suami saya termakbul,” katanya.
Selepas pemain tersohor Portugal, Ronaldo menerima pengiktirafan tersebut, Anugerah Puskas dimenangi pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil, Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014.
Pemain kurang ternama dari Brazil, Wendell Lira, menggondol anugerah berkenaan pada 2015.
Tiga finalis, Mohd Faiz, Marlone dan Rodriguez, disenarai pendek daripada keseluruhan 10 jaringan tercantik bagi musim 2016.
Pemain Terbaik 2016 (Lelaki)
Pemain terbaik dunia 2016, Cristiano Ronaldo dari Portugal
Pemain terbaik dunia 2016, Cristiano Ronaldo dari Portugal
Pemain Terbaik 2016 (Wanita)
Pemain pasukan Amerika Syarikat, Carli Llyod
Pemain pasukan Amerika Syarikat, Carli Llyod
Jurulatih Terbaik 2016 (Lelaki)
Jurulatih kelahiran Itali dan pasukan Leicester City, Claudio Ranieri
Jurulatih kelahiran Itali dan pasukan Leicester City, Claudio Ranieri
Jurulatih Terbaik 2016 (Wanita)
Jurulatih pasukan Jerman wanita, Silvia Neid
Jurulatih pasukan Jerman wanita, Silvia Neid
Anugerah Pemain Cemerlang 2016
Pemain legenda futsal dari Brazil, Falcao
Pemain legenda futsal dari Brazil, Falcao
Anugerah Fair Play FIFA 2016
Kelab Atletico Nacional (Colombia)
Kelab Atletico Nacional (Colombia)
Tags
Sukan