Amalan untuk menjadi orang kaya ini saya terima ijazah amalan daripada seorang Tuan Guru di Kampung Padang Kala, Peringat, Kota Bharu Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Hamzah, semasa menziarahinya pada hari Ahad, 15 Januari 2017 dengan seorang sahabat yang bernama Ustaz Nadzir bin Abdul Rahman yang mana Tuan Guru itu merupakan datuk saudaranya. Alhamdulillah.
Amalannya adalah ayat akhir dari Surah Nuh.
Maksudnya : Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan.
Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.
Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.
Di baca sebanyak 55 kali di waktu siang hari dan malam hari. Semolek-moleknya di baca selepas Subuh dan selepas Maghrib. Insya Allah.
Fadhilatnya, Insya Allah akan menjadi kaya raya, naikkan pangkat, dan mematahkan segala sihir.
Pantang larang? Buat segala yang Allah suruh, jauhi segala dosa dan maksiat. Amalan ini akan ada ujiannya. Kena banyak bersabar.
Kepada yang berminat untuk mengamalkannya, bolehlah datang berjumpa dengan Tuan Guru di Kampung Padang Kala, Peringat, Kota Bharu untuk proses ijazah amalan ini.
Haji Hamzah mana ni? Beliau mengaji di mana? Jika Haji Hamzah Bukit Tanah ambo tahu.
ReplyDeleteTuan Guru Hj Hamzah ni belajar di Pondok Thailand dan Pondok Bukit Abal, rasanya kalau xsilap dia bawak Silat Selendang Merah dibawah Kiyai Soleh Johor
ReplyDeleteSaya nak bertanya lebih lagi, bagaimana cara nak hubungi tuan?
ReplyDeleteTuan Yo Jan, boleh whatsapp hamba, 013-413-8542
ReplyDelete