4 Benda Yang Wajib Isteri Buat Sebelum Tidur

Dalam 'Huququl Mar'ah' dikatakan bahawa isteri yang tidak taat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada suaminya dan isteri yang bermaksiat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada RasulNya dan barangsiapa bermaksiat kepada Rasulullah SAW bererti dia telah bermaksiat kepada Allah SWT

Jadi wajarlah sekiranya Malaikat mendoakan laknat kepada isteri yang tidak mentaati suaminya. Memiliki isteri yang solehah, adalah impian semua suami yang soleh.



Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian.

Mari kita lihat formula ini untuk meletakkan seseorang isteri itu adalah solehah yang menjadi kebanggaan para suami.

Pertama :

Isteri hendaklah meminta ampun dan maaf atas segala kesalahannya sama ada pada waktu siang hari tadi hingga waktu nak masuk tidur (kalau boleh bermula sejak perkahwinan lagi), mengaku setiap kesalahan yang telah dilakukan sama ada sengaja atau tidak,  bertanyakan apa yang isteri telah buat sampaikan suami tersinggung hati.

Kedua :

Isteri kena berjanji untuk mentaati suami dan menjadi isteri yang solehah.

Ketiga : 

Berterima kasih kepada suami atas segala kebaikan yang suami telah lakukan kepadanya.

Keempat :

Mengucapkan perkataan yang bermaksud 'menyayangi suami'. Ini perlu kena buat. Kena di ungkapkan dengan kata-kata, walau pada hakikatnya rasa sayang itu bukan hanya pada kata-kata.


Rasulullah SAW bersabda, " Lihatlah di mana dirimu pada suamimu, sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu. " (Tabrani)

Allah SWT berfirman, " Mereka (para isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (para suami) adalah pakaian bagi mereka."(Baqarah ; 187 )


Syeikh Abdul Halim mengatakan Allah menghendaki daripada seorang wanita solehah agar menjadi pententeram hati bagi suami dengan segala makna kata ' tenteram ' yang meliputi ;- kepuasan, ketenangan, kebahagiaan, kedamaian dan seterusnya.

Asmaa' Binti Kharijah menasihati anak perempuannya ketika melangsungkan pernikahan anak perempuannya iaitu ;- Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang di situlah engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.

Kin engkau akan beralih ke satu hamparan dan rumah yang engkau belum mengenalnya dan juga engkau harus berkawan dengan seseorang yang belum tentu serasi denganmu. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit bagimu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi sebagai tiang untukmu.

Janganlah engkau menyibukkannya dengan bermacam kesukaran, sebab, itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau menjauh daripadanya, agar ia tidak melupakanmu, tetapi jika dia mendekatimu, maka dekatilah ia. Peliharalah suamimu itu dengan benar, baik hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah kiranya suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula mendengarkannya melainkan yang enak dan jangan pula melihatkannya melainkan yang indah. Apa yang penting seorang isteri adalah sendi utama di tengah-tengah rumahnya.

Seorang isteri hendaknya banyak duduk di dalam rumahnya, sedikit berbicara dengan jiran tetangganya dan jangan masuk ke rumah jiran kecuali dalam keadaan yang sangat perlu. Seorang isteri hendaknya menjaga suaminya baik di waktu suami berpergian atau ketika suami di rumah. Usahakanlah agar suami selalu berada di dalam keadaan ' gembira '.

Jangan sesekali kamu mengkhianati suamimu dan hartanya. Jangan pula kamu keluar dari rumahnya melainkan dengan ada izin daripada suamimu. Sekiranya ada seorang kawan suamimu datang ke rumahmu dan beliau berada di muka pintu rumah tetapi saat itu suamimu tidak ada di rumah maka tidak perlulah kamu cuba untuk bercakap-cakap dengannya. Hendaklah kamu sentiasa menjaga perasaan ' cemburu ' suamimu terhadapmu. Seorang isteri hendaklah merasa puas dengan apa yang ada pada suamimu. Mengenai apa sahaja yang di rezekikan Allah SWT padanya. Kamu harus mendahulukan hak suamimu di atas hakmu sendiri serta hak keluarga lainnya.

Demikianlah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya dalam kewajipannya untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solehah dan taat pada suami. Maka ada beberapa hal yang selayaknya ditunaikan oleh setiap wanita solehah terhadap suaminya dalam rangka mewujudkan keredhaan Allah SWT dan suaminya itu menjadi pembuka jalan menuju syurga.

Isteri yang nusyuz adalah gugur hak nafkah kepadanya.

DK

1 Comments

  1. Terima kasih perkongsiannya.. sangat bermanfaat.

    Hubungan suami isteri kena jaga agar kekal until jannah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post