Metafizik Rumah


Setiap rumah akan ada auranya yang tersendiri. Adakalanya sesebuah rumah tu selalu bersih dan kemas, kadang ia susah nak kemas. Kemas-kemas, bersepah balik.

Maka, untuk melihat atau mengkaji tenaga-tenaga tersebut, kita perlu melihat kepada nombor rumah.

Caranya begini:

Contoh, rumah anda beralamat : Lot 7369, Kg Cherang Sepulai atau C-1-9-7

Tambahkan kesemua nombor yang ada tadi:

7+3+6+9 : 25
2+5 = 7
Maka, Rumah ini Asas 7

C-1+9-7 =17
1+7= 8 
Maka, asas rumah ni adalah nombor 8

Huraian Nombor Asas Rumah :

Asas 1.

Biasanya rumah kemas, banyak barang besi, sedikit ketegangan berlaku, penghuninya jarang ada, jika ada ia akan berseorangan, ataupun kerja rumah diletakkan di bahu salah seorang ahlinya.

Asas 2.

Rumah yang banyak masalah bocor, aktiviti nyanyian, mengaji, kelas, runah romantis, bagus untuk keintiman, rumah yang sejuk.

Asas 3.

Rumah yang banyak aktiviti masakan, bakar-bakar, ahli keluarganya aktif, minat bersukan, sedikit bersepah, jarang di ubah, kebanyakannya ahli keluarga atlet. Biasanya orang minta pinjam duit dari ahli keluarga rumah ini.

Asas 4. 

Rumah yang banyak ativiti ilmu, rumah yang melahirkn anak-anak yang suka belajar, ibubapa suka menonton program dokumentari, dari bab suara kurang, lebih kepada kajian dan kreativti. Biasanya setiap ahli keluarga ini suka cuba benda baru dan pandai memasak.

Asas 5.

Rumah ini perlu di elakkan, rumah ini banyak pergaduhan, sihir, halangan, penceraian, kedegilan. Rumah ini akan mnglmi banyak perubahan dari segi susun atur, pemindahan, ahlinya banyak bertukar-tukar kerja dan bisnes, dan cepat boring. Banyak kes anai-anai, dan rumah berpenunggu.

Jika anda berada dalam rumah ini, jadikan nombor rumah anda nombor asas lain :

Contoh rumah anda = C -1-4.... tampal nombor 29 di hujung nombor rumah.

Jadi = C-1-4-29, asas 7, cuba genapkannya menjadi angka 7.

Asas 6. 

Rumah yang banyak aktiviti hiburan seperti lepak-lepak, games, internet, berhias. Rumah kemas dan cantik tetapi ahlinya kurang bab agama, tak kuat amalan agama. Banyak keduniaan. Maka, kena ubah ke arah keseimbangan. Banyak kes eletrical.

Asas 7.

Rumah yang paling harmoni dan paling bagus untuk berkeluarga, banyak aktiviti makan secara berjemaah, solat, kenduri. Rumah selalu ada ramai penghuni. Kadang-kadang banyak terlibat dengan banjir dan bocor. Setiap ahlinya menyokong sama satu lain. Tapi banyak kena pnyakit berkaitan darah, kencing manis, prostat dan sebagainya.

Asas 8.

Rumah orang usahawan, rumah banyak tanggungjawab, rumah orang rajin, hyperaktfi dan tidak duduk diam. Biasanya ada ahli keluarga ini buat bisnes yang hebat. Sedikit garang dan bergaduh. Banyak keluar rumah dari duduk dalam rumah.

Asas 9.

Rumah paling lawak. Suka aktiviti melancong dan memborong, banyak tengok rancangan lawak, kartun dan movie. Banyak barang dan banyak perabot yang rosak tapi masih tidak di buang. Rumah macam stor dan semakin besar rumah, semakin banyak barang masuk. Ahli-ahli keluarga ini terkenal. Juga rumah yang biasanya orang buat kedai.


DK

Post a Comment

Previous Post Next Post